HIBURAN
Amy Nur Tinie Pernah Ditawar Jadi Isteri Ketiga - "Dia Sebaya Bapa Saya, Berpangkat Datuk..."
Pelakon yang sedang meningkat naik Amy Nur Tinie pernah ditawar untuk menjadi isteri ketiga seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ .
BERITA TRENDING: Supermodel Amy Nur Tinie Sudah Berhijab?
Menurut Amy Nur Tinie atau nama sebenarnya, Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 29, tawaran tersebut diterimanya ketika dia berusia 23 tahun.
“Sebelum berlakon saya aktif mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik di luar negara. Perbelanjaan agak besar untuk menyertai pertandingan jadi perlu meminta tajaan syarikat korporat atau jenama bagi membantu daripada segi kewangan.
“Tetapi, seorang Datuk ini mahu menaja saya dengan syarat menjadi isteri ketiganya. Dia juga tawarkan kesenangan seperti rumah. Terkejutlah, ibu terus kata saya bukan mahu jual anak.
“Sudahlah lelaki itu sebaya bapa saya. Jika jenis yang gelap mata nampak duit saja mungkin akan terimalah tawaran itu. Saya tidak sanggup, saya rela kerja siang malam demi rezeki yang halal,” kata Tinie yang juga Juara Miss Eco International 2019 yang bertempat di Egypt .
BERITA TRENDING: Hariz Hamdan Layan Amy Nur Tinie Macam Kekasih - "Kalau Tersuka Saya, Pandai-Pandailah Kawal ..."
Kini selepas lima tahun dalam industri lakonan,bakat Tinie semakin diterima dan telah membintangi empat buah filem dan lebih 12 buah drama.
Terbaharu, namanya menjadi sebutan apabila membawakan watak penyondol bernama Rafizah dalam drama Dia Imamku lakonan bersama Siti Saleha dan Kamal Adli.
“Sebelum ini saya kerap ditawarkan watak hantu, sekarang pula musim saya terima watak penyondol. Memang kalau saya buat live di TikTok ramai yang membenci saya.
“Walaupun dibenci saya seronok, ini bermakna lakonan saya menjadi. Cuma saya harapkan selepas ini saya akan mendapat watak yang lebih mencabar,” ujar Tinie yang turut membintangi filem 6 Jilake.
BERITA TRENDING: Oh Rupanya ‘Budak Intern’ Dalam 10 Tips Tipu Bini Tu Amy Nur Tinie, Si Ratu Cantik!
Tambah Tinie yang juga seorang pengacara, meskipun latar belakangnya adalah ratu cantik, dia mengimpikan untuk terlibat dalam sebuah karya aksi.
“Saya mahu tinggalkan imej ratu cantik, saya mahu orang nampak saya sebagai pelakon yang versatil bukan sekadar cantik semata-mata.
“Meskipun saya terjun ke dunia lakonan tanpa sengaja, tetapi saya telah jatuh cinta. Inilah rezeki saya sekarang. Jika dulu daripada tidak boleh menangis depan kamera, sekarang sudah boleh.
“Saya banyak belajar daripada pelakon senior di set penggambaran dan berharap diberi peluang untuk meneroka lebih banyak watak selepas ini,” tutur Tinie.