Hiburan
Amy Search Ambil Masa Hampir 2 Jam Memilih Baju Sebelum Keluar
Penyanyi rock lagenda Amy Search akui akan mengambil masa hampir dua jam untuk memilih baju yang sesuai sebelum keluar rumah.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, 58, berkata penampilan juga penting dan harus dijaga kerana ia melambangkan keperibadian seseorang.
"Bagi saya penampilan itu penting walaupun kita sebagai seorang lelaki. Penampilan mencerminkan diri kita sendiri.
"Seperti saya, saya akan tentukan apa yang saya mahu pakai bila keluar.
"Biasanya saya akan habiskan masa sejam dua untuk mencari baju yang sesuai terutama bila ada majlis-majlis keraian.
"Ia mengambil masa yang lama kerana saya akan cuba untuk mix and match mengikut kesesuai dan keselesaan saya.
"Bila saya sudah puas hati dengan apa yang saya pakai baru saya ada keyakinan untuk keluar," katanya kepada Astro Gempak.
Mengenai perkembangan lain, Amy bakal memperagakan jubah dan songkok jenamanya sendiri di Asia Islamic Fashion Week 2017 mulai 30 Mac hingga 2 April ini.
"Saya akan memperagakan beberapa pakaian rekaan baru saya nanti.
"Jika tahun lalu saya keluar dengan jubah dan songkok tapi tahun ini akan ada kurta dan baju melayu klasik yang akan diperkenalkan.
"Ini pertama kali saya sertai acara begini, harap ia berjalan seperti dirancang," katanya lagi.
Amy telah mula muncul dengan angkaian fesyen dengan jenama sendiri Amy Search General Products & Co sejak tahun lalu.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video