Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Anak-Anak Pernah ‘Puasa’ Daripada Tablet Selama Setahun…”- Sazzy Falak Kongsi Cara Kawal Gadget Dengan Kembarnya

Syafiqah Jalal
12/04/2019 10:30 MYT
Pelakon Sazzy Falak akui anak kembarnya, Iman Lily dan Tiara Rose, 8,  telah terdedah dengan gadget atau tablet sejak umur mereka tiga tahun.

Bagaimanapun, selepas melihat anak-anaknya terlalu obsess dengan tablet, dia akui telah merampas gadget tersebut selama setahun.

“Macam anak-anak saya mereka sudah terdedah dengan gadget dan tablet sejak kecil lagi malah masing-masing sudah mempunyai ipad ketika mereka berusai tiga tahun.

“Namun lama kelamaan, mereka menjadi semakin leka dan hanya terikat dengan tablet kemana mereka pergi.

“Jadi saya membuat keputusan untuk puasakan mereka daripada tablet selama setahun.

“Namun selepas setahun saya cuba beri mereka tablet tetapi berperingkat iaitu mungkin dalam sehari 20 minit atau hanya hari minggu sahaja kerana mereka bersekolah,” katanya kepada Gempak.

Mengenai perkembangan lain, Sazzy bakal muncul dalam drama bersiri Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my bermula 15 April ini serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setriap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.

Mengulas mengenai siri tersebut, Sazzy akui dia amat teruja untuk berlakon kerana ia terlalu dekat dengan jiwa keibuannya.

“Saya terima berlakon dalam drama ini kerana ia mempunyai mesej yang bagus dan saya rasa ibu-ibu di luar saya akan enjoy menonton.

“Percayalah, ia akan membuat kita rasa ia related dengan ibu atau akak serta rakan kita. Sesuatu yang menarik untuk ditonton seisi keluarga,” katanya lagi.

Sazzy mendirikan rumah tangga dengan Nazril Idrus pada 10 November 2006.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Walaupun setiap orang ada kelemahan masing-masing tapi dihati mereka hanya mahukan yang terbaik untuk orang yang tersayang. Tapi kepada mak-mak luar sana pasti tahu, semuanya tak semudah yang disangka. Jadi, korang jangan lupa saksikan aksi lucu 'Geng Mak Mak' setiap Isnin 4 petang di gengmakmak.com.my dan korang boleh juga link in di bio okay ! . . Dilakonkan oleh : @ritrud727 @nad.zainal @fatinafeefa @elvinamohamad @sazzyfalak . #GengMakMak #DarlieDoubleAction .

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#pelakon #Anak #Sazzy Falak #Pelakon #Gadget #Tablet