Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

Maliah Surip
22/09/2024 01:00 MYT
Sejak seminggu lalu dunia hiburan Indonesia kecoh dengan kisah anak-beranak selebriti Nikita Mirzani dan Lolly.

Perseteruan Nikita dan Lolly bukan baru namun ‘drama’ mereka kali ini lebih dashyat apabila membabitkan pihak polis dan berbalas saman dengan pihak ketiga iaitu kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh.

BERITA TRENDING: Anak Nikita Mirzani Meraung Kena Heret Keluar Apartment, Kekasih Akui Tak Pernah Setubuhi Lolly

Nikita menuduh Vadel menyetubuhi Lolly sehingga hamil kemudian memaksa gadis berusia 17 tahun itu dua kali menggugurkan kandungan.

Dan sepanjang berseteru sehingga Lolly diheret keluar daripada apartment oleh Nikita, gadis itu sempat menukar imejnya dengan memakai tudung atau hijab.

Namun tindakan Lolly memakai tudung menerima kecaman dan ada dalam kalangan netizen mendakwa keputusan menutup aurat itu seperti mahu menyembunyikan ‘sesuatu’ termasuk kehamilan.

Lolly bagaimanapun tidak menerima dakwaan tersebut sehingga melahirkan kemarahannya di Insta Story.

“Saya pakai tudung pun diejek. Anda ingat pakai tudung ini main-main ke?

“Tak ada apa yang disembunyikan! Saya berhijab dari hati,” katanya kesal seperti dilaporkan InsertLive.

Dia juga menyambung: “Saya pakai tudung bukan nak selindung kehamilan atau gugurkan kandungan seperti yang dituduh.

“Saya juga tidak mengalami kecederaan kerana dipukul (Vadel).

“Gila! Saya Islam memang wajib pakai tudung, tutup aurat. Bukan mahu sokong tapi diejek pula.”

BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

BERITA TRENDING: Banyak Buat Pembedahan Plastik, Nikita Mirzani Kata: “Operasi Hidung Dengan Sinus Jauh Beza Guys”

BERITA TRENDING: Pempengaruh Buat Live TikTok Dengan Nikita Mirzani, Netizen Terhibur: “Kau Cuy Kan Je”

#Viral #Anak #Kontroversi #Hamil #Indonesia #Kekasih #Artis #Nikita Mirzani #Mengamuk #Lolly #Vadel