,
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

Maliah Surip
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Tindakan itu diambil kerana Nikita mendakwa Vadel, 19, telah melakukan persetubuhan di bawah umur dan memaksa anaknya menggugurkan bayi dalam kandungan.
Anak perempuan Nikita, Laura Meizani Mawardi atau disapa Lolly baru berusia 17 tahun.
Menurut fakta kes, Vadel melakukan perbuatan tak senonoh kepada Lolly sejak Januari 2024, lapor ANTARA.
Sejak itu mereka melakukan hubungan intim sehingga Lolly hamil dan dipaksa menggugurkan kandungannya.
Nikita turut membawa bahan bukti kepada pihak polis yang antaranya foto Lolly sewaktu hamil serta luahan perasaan Lolly kepada beberapa rakannya mengenai perbuatan terkutuk dia dan kekasih.
Mengulas mengenai tindakannya melaporkan pemuda tersebut kepada polis, Nikita mengaku mahu Vadel masuk penjara.
“Biar masuk penjara dan jadi pelajaran untuk anak-anak muda di luar sana juga.
“Kalau masih muda, main yang sesuai sama umurnya saja, lakukan sesuai sama umurnya.
"Umur segitu kalau ingin tahu pergaulan ya cukup pergaulan saja tetapi jangan sampai langgar batasan," ujar Nikita.

BERITA TRENDING: Banyak Buat Pembedahan Plastik, Nikita Mirzani Kata: “Operasi Hidung Dengan Sinus Jauh Beza Guys”

Bagaimanapun Lolly menerusi kenyataan yang dikongsi di Insta Story miliknya menafikan telah hamil dan dua kali menggugurkan kandungan seperti yang didakwa Nikita.
Lolly juga mempersoalkan tindakan Nikita yang telah memutuskan hubungan ibu dan anak dengannya sejak dua tahun lalu kerana melaporkan Vadel kepada pihak polis.
Dia mengaku punya cukup bukti untuk ditunjukkan kepada pihak polis sekaligus ‘mematahkan’ dakwaan Nikita terhadap kekasihnya.
“Memang kalau ada dua garis di tes kehamilan seseorang itu hamil?”soalnya.
Dia juga berkata: “Kita lihat saja nanti siapa yang masuk penjara.”

BERITA TRENDING: Pempengaruh Buat Live TikTok Dengan Nikita Mirzani, Netizen Terhibur: “Kau Cuy Kan Je”

BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Tak Akan Beri Harta, Buang Anak Perempuan Dari Keluarga

BERITA TRENDING: Kecoh, Cerai Lepas 4 Bulan, Nikita Mirzani Tuduh Bekas Suami Lari & Curi Gelang Cartier, Ambil Beg Gucci: “Itu Beg Kesayangan Saya!”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Unitar