Hiburan
Anak Atita Haris Panggil Nas-T 'Abe Hite'
Pelakon Nas-T mendedahkan anak tirinya, Nur Sofia (Opi) memanggilnya sebagai Abe Hite (Abang Hitam) walaupun sudah mengahwini ibu kanak-kanak tersebut, Atita Haris.
Nas-T berkata, dia mendapat gelaran itu ketika pertama kali Atita perkenalkan Opi kepadanya beberapa bulan yang lalu.
“Semuanya gara-gara Atita. Opi panggil saya 'Abe Hite' kerana ibunya yang perkenalkan nama itu kepadanya.
"Saya bertemu Opi selepas pulang dari Pulau Perhentian. Biasalah kalau berada di pulau, kulit kita akan pasti akan menjadi sedikit gelap dan Atita mula memanggil saya dengan gelaran tersebut.
“Jadi sebaik sahaja saya tiba di Kuala Lumpur, dia (isteri) bawa saya jumpa Opi dan kenalkan saya sebagai 'Abe Hite'. Akibatnya, nama itu melekat sehingga ke hari ini.
“Sekarang kami dalam proses nak ajar Opi supaya panggil saya Baba tetapi lain pula jadinya kerana panggilan itu bertukar menjadi 'Baba Hite'," ujarnya ketika ditemui pada sidang media khas bertempat di QNA Republic Café, Bandar Baru Bangi pada petang Rabu.
Dalam pada itu, Nas- T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar turut menjelaskan mengenai perkahwinannya bersama selebriti Instagram, Atita Haris yang berlangsung secara tertutup di Surau Al-Ikhlas, SS19, Subang Jaya, Jumaat lalu.
“Kami memang merancang untuk bernikah pada 4 Mac tetapi disebabkan berita kami menghadiri kursus kahwin sudah diketahui ramai, maka keluarga kami meminta supaya perkahwinan dipercepatkan.
“Kami tidak mempunyai niat untuk rahsiakan berita baik ini daripada pengetahuan sesiapa. Mengikut perancangan awal, perkahwinan kami sepatutnya dilakukan secara berperingkat sehinggalah semuanya selesai pada Mac nanti, tetapi jodoh kami tiba lebih awal," katanya.
Bagaimanapun, kata Nas-T, tarikh untuk majlis resepsi masih lagi sama iaitu pada 4 Mac depan.
Nas- T, 32, dan Atita Haris, 24, berkenalan selepas pemilik sebuah produk, bertindak menyatukan kedua-duanya yang berstatus 'single' pada tahun lalu.
Bermula dari situ hubungan mereka semakin akrab sebelum memutuskan untuk berkahwin pada Jumaat minggu lalu.
Teks Oleh: Mya Amri
Must-Watch Video