Pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Selain membuat persiapan dari segi mental dan barangan keperluan bayi, ternyata suami isteri ini punya ‘perancangan’ yang lebih besar buat bayi yang bakal lahir.

Dilaporkan oleh media Indonesia, Atta dan Aurel telah menyediakan sebuah kereta mewah jenis Telsa sebagai hadiah buat kelahiran bayi mereka yang dijangkakan seorang perempuan.

Kereta mewah tersebut juga diketahui telah diubah suai dari segi warnanya. Kereta tersebut diberi nafas baharu dengan warna merah jambu sebagai signifikan kepada jantina anak mereka.

Perubahan warna kereta itu telah mengejutkan Aurel kerana anak penyanyi Kris Dayanti tersebut meminta suaminya menukar warna kereta Alphard mereka kepada merah jambu.

Namun Atta yang berasa kereta Telsa lebih sesuai untuk membawa calon anak mereka ke mana mana telah menukar permintaan isterinya pada saat akhir.

Atta juga mengatakan gaya pintu gullwing door atau bukaan atas pada bahagian tempat duduk penumbang dan boleh dibuka secara automatik dari kunci kereta akan memudahkan isteri dan anaknya kelak.

Malah menerusi akaun Instagramnya, @attahalilintar, dia juga berkongsi dua keping foto kereta Telsa yang akan menjadi kenderaan istimewa buat dia sekeluarga.

"Semuanya untuk puteriku," tulis Atta.

Diketahui selain Telsa dan Alphard, YouTuber ini memang memiliki beberapa koleksi kereta mewah. Ini termasuklah Lamborghini Aventador dan Mustang Shelby GT 500 Cobra.

Instagram: @attahalilintar