Pelakon Zarina Zainuddin mencuri perhatian apabila mengusik anak istimewanya, Azal untuk mencari pasangan dan berkahwin.

Menerusi laman sosial Twitter, Zarina memuat naik sebuah video memujuk anaknya untuk memilih calon isteri untuk berumah tangga.

“Azal malu kucing, last-last Azal cakap nak kawin dengan Fikah jiran depan rumah je,” tulis Zarina di ruangan kapsyen.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan Azal meluahkan rasa malunya apabila diminta berbicara soal kahwin.

“Saya ni pemalu, im shy. Alamak, taknak ibu. Saya ni lelaki pemalu ibu. Saya runsing ibu, runsing bila perempuan pakai cermin mata. Oh my god, please la. Okay, saya ambil Fikah (jiran depan rumah) saja. ,” rintih Azal yang kini berusia 25 tahun.

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Dalam pada itu, Azal turut memberitahu ciri-ciri wanita idamannya adalah yang bermata coklat.

Di ruangan komen, ramai wargamaya yang turut sama menyakat Azal dan teruja apabila melihat anak bujang Zarina itu rupanya sudah ada calon wanita pilihan.

“Azal sudah mula jatuh cintaaa,” kata seorang wargamaya.

“Amboi nak yang mata color brown,” usik seorang wargamaya.

“Comelnya, semoga berjodohan ya,” ucap seorang wargamaya.

“Senang la depan rumah, ibu pun tak sempat nak rindu dekat sangat,” tulis seorang wargamaya.

“Haha stress dia dengan permintaan ibu,” komen seorang wargamaya.

“Siapa gerangan berkaca mata yang dimaksudkan tu ibu?” tanya seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 150,000 tanda suka daripada warga Instagram.