Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Anak Bukan Satu Beban" - Siti Elizad Tak Faham Segelintir Individu Anggap Anak Mengganggu Ekonomi Keluarga

Ainun
14/07/2024 04:00 MYT
Baru-baru ini, viral satu video di media sosial yang memperlihatkan sepasangan suami isteri yang didakwa berkeinginan Childfree.

Menurut mereka, kehadiran anak dalam keluarga kecil mereka dianggap sebagai satu hal yang menyusahkan dan juga beban.

Isu berkenaan childfree bukan sahaja menjadi buah mulut ramai, malah turut menerima maklum balas pelbagai, khususnya mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.

Tidak kurang, golongan selebriti juga turut terkesan dengan isu ini. Antara selebriti yang pernah menyuarakan pandangan mereka terhadap isu Childfree ini termasuklah Achey, Mark Adam dan Hazama.

Ingin mendasari isu ini dengan lebih lanjut, Gempak menemui bual pelakon, Siti Elizad Sharifuddin untuk berkongsi pandangannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Percaya pada rezeki


“Masing-masing ada pendapat tersendiri, mungkin mereka masih tak inginkan anak, tapi kenyataan yang dikeluarkan itu, seolah-olah menunjuk betapa ceteknya pemikiran.

"Sebagai orang Islam, kita kena percaya dengan rezeki yang Allah bagi pada anak-anak kita tapi bila dia kata dengan gaji yang ada ni, nanti tak cukup untuk keperluan harian.

“Bila dia berkata begitu, saya terfikir, adakah dia tak mahu kongsi rezeki dengan orang lain? Bagi saya, orang yang sia-sia di dunia adalah orang yang tak berkongsi ilmu dan rezeki, kerana kita bukan sahaja mengejar dunia tetapi juga akhirat,” ulasnya.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, dia sendiri tidak memahami mengapa ada segelintir individu menganggap anak sebagai beban selain menjadi penyebab kepada ketidakstabilan ekonomi keluarga.

“Kalau cakap pasal mengganggu ekonomi, saya tak faham. Sebabnya, bila gaji masuk, matlamat hidup saya adalah untuk membantu keluarga terlebih dahulu. Kita ni nak pahala kita berpanjangan."


“Maksudnya, jika seseorang itu hanya hidup untuk diri sendiri dan menghabiskan gaji hanya untuk dirinya, pahala pun habis setakat itu sahaja. Orang yang macam ni selalunya mereka tak fikir tentang anak-anak atau keluarga.

BERITA TRENDING: Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

BERITA TRENDING: Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

BERITA TRENDING: Diabaikan & Dihalau, Nasib Kanak-Kanak Ini Raih Simpati Netizen - “Korang Nak Tahu Siapa Patut Childfree? Mak Bapak Adik Ni!"

BERITA TRENDING: Isu Pasangan Suami Isteri Mahu ‘Childfree’ & Anggap Anak Beban, Ini Komen Ustaz Tajdid Hadhari - “Hukumnya Adalah Haram Apabila…”

“Allah SWT sudah menjanjikan rezeki tersendiri untuk anak-anak. Mungkin kita yang menumpang rezeki mereka. Contohnya, influencer sering dipanggil untuk membuat review atau iklan kerana mereka mempunyai anak. Secara tidak langsung, rezeki itu datang dari anak-anak mereka,” tutupnya.

Elizad mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

#Anak #Elizad #Siti #Ekonomi #Childfree