Aktor Norman Hakim bersyukur dan gembira dapat menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Marissa Dania yang ke-18 baru- baru ini.
Meskipun sudah hampir dua dekad usia anaknya itu, namun Norman akui tidak boleh melupakan momen saat menyambut kelahiran Marissa di dalam kereta dengan bekas isteri, Abby Abadi.
"18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik (Marissa) dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta.
"Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku.
"Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah," katanya dalam satu kemas kini di Instagram.
Dalam hantaran yang sama Norman turut berkongsi foto-foto sempena sambutan hari jadi anaknya itu bersama keluarganya dengan Memey Suhaiza serta bekas isteri Abby.
Dalam pada itu, Norman sempat memberitahu dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya itu dengan melakukan solat hajat supaya mendapat jodoh yang baik.
"Hari-hari papa tak pernah miss solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa.
"Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi.
Di akhir perkongsian, Norman berharap anaknya itu sentiasa berada dibawah lindungan Allah.
Norman Hakim dan Abby Abadi kini bahagia dengan pasangan masing-masing. Untuk rekod Abby dan Norman berkahwin pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.
Mereka dikurniakan tiga anak cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.
Syafiqah Jalal
Mon Jul 03 2023

_1.png?ext=.png)
#FOODIESLIFE: Minum Kopi Bercampur Arang? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu…
Jangan berani-berani cuba

Pelancong China Buat Hal, Gondola Terbalik Sebab Sibuk Selfie
Kejadian berlaku di Venice, Itali.

Taylor Swift Dinobat Person Of The Year 2023, Kalahkan Vladimir Putin
Person of The Year 2023 versi majalah berprestij, Time.

Lelaki Dikecam Enggan Alihkan Beg Yang Diletakkan Di Tempat Duduk Kosong Dalam LRT
Siap buka kasut lagi

Melly Goeslaw Hidupkan Allahyarham Nike Ardilla, Bukan Hanya Nyanyi Siap Ada Video Klip
Nike Ardilla dihidupkan dengan bantuan teknologi AI

Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”
Bagusnya Ryzal dan Maryam ni.

Selena Gomez Bercinta Dengan Rakan Justin Bieber
Pusing-pusing ke situ juga
GELAK 90 Saat Bonus (8) - Melayu Cerdik Kuala Kangsar
Melayu Cerdik Kuala Kangsar.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat Bonus (7) - Bahagia itu sederhana gais
Bahagia itu sederhana gais. Main benda simple pun dah happy.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat (7) - Kecik cari finalis Gelak 90 Saat
Kecik cari finalis Gelak 90 Saat.