Doktor dan pengacara, Dr Say Shazril tampil membidas kenyataan ustazah tular yang mengaitkan anak autism dengan gangguan jin.

Menurut Dr Say, ustazah itu tidak sepatutnya membuat kenyataan sesuka hati yang boleh mengguris perasaan ibu bapa memiliki anak istimewa.

“Tergamak dia cakap autisme disebabkan gangguan jin. Saya intai IG ustazah ni sebab FB dia deactivated maybe kena serang mak bapak yang ada anak autisme,” tegurnya.

Malah Dr Say juga berpendapat ustazah itu seharusnya berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan kerana hal tersebut bukan bidang kepakarannya.

“Anak ustazah ni demam panas pun dia cakap anak dia kena rasuk jin. Aduhai ustazah. Dia macam ni lah ustazah, kalau rasa kita bukan ahli sesuatu perkara tu, kita simpan dalam diri jelah ok?

“Contoh macam saya yang tak hebat bab-bab agama tak ada pun saya petik hadith/ riwayat sebab saya sedar had ilmu saya. Jadi apa kata ustazah pun berbuat sebegitu?” bidasnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Dalam hantaran sama, Dr Say juga turut memaklumkan perkembangan anak sulungnya, Ace yang disahkan menghidap autism tahap sederhana.

Anyway sambung balik cerita Ace. Terus terang cerita saya teramat bersyukur bila pakar diagnose Ace sebagai “moderate autism”.

“Memang teramat berat bila saya dengar perkataan “Moderate” tu tapi atas sebab moderate ini lah yang menyebabkan saya dan isteri go all out on Ace.

“Kalau awal-awal di diagnose mild mungkin kami akan sedikit alpa sebab ada beberapa kisah yang mana anaknya pada awal di diagnose severe autism kemudian bila follow up turun kepada moderate maka parents take it easy sebelum next follow up didiagnose kembali severe.

“Menangis tak berlagu sebab the parents have lost precious time to help their kid semasa period they were taking it easy tu.

“Kesimpulannya saya tahu ramai nampak Ace macam normal, kalau autism pun maybe mild, tapi saya dan isteri prefer to keep it as it is supaya kami sentiasa beringat dan supaya kami tidak leka dalam terapinya.

“Tapi akan saya ambil segala kata-kata kalian sebagai doa. Harapan semua parents autism ni satu je yakni supaya anak-anak gifted kami ni boleh menjaga diri sendiri satu hari nanti sekiranya kami sudah tiada,” jelasnya.

Dr Say juga mengucapkan rasa syukur dengan perkembangan positif Ace.

“Syukur Alhamdullilah dah ada two way communication antara kami dan Ace walaupun tak all the time.

“We will definitely work harder to make Ace live like a normal child. Untill then, mommy dan daddy are going to be by your side always Ace.

“Siapa cakap benda buruk pasal autistic kid nanti saya lepuk dia macam Will Smith lepuk Chris Rock sebab kutuk bini dia kat Oscars,” coretnya

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan teguran Dr Says terhadap ustazah tersebut.




Selain itu mereka juga turut berkongsi cerita mengenai anak-anak autism dan mendoakan Ace sentiasa sihat.

Terdahulu, seorang wanita yang menggelarkan dirinya ‘ustazah’ menyifatkan anak-anak mudah terkena gangguan jin kerana kondisi badan yanh lemah.

BACA: Ustazah Ini Dakwa Anak Autisme, Speech Delay Ada Kaitan Dengan Gangguan Jin?

Bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadamkan selepas dikecam hebat oleh netizen.