Laman Utama

Ustazah Ini Dakwa Anak Autisme, Speech Delay Ada Kaitan Dengan Gangguan Jin?

gempak
Amri Hassan
28/03/2022
23:00 MYT
Sponsor Banner
Ustazah Ini Dakwa Anak Autisme, Speech Delay Ada Kaitan Dengan Gangguan Jin?
Sepotong kenyataan daripada seorang wanita di Facebook yang mengaitkan anak autisme dengan gangguan jin dikecam hebat oleh netizen.
Menggelarkan diri sebagai 'ustazah', hantaran yang dimuatnaik pada Sabtu lalu menyifatkan anak-anak mudah terkena gangguan jin kerana kondisi badan yang lemah.
"Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan jin. Jin mengganggu dan mendatangkan penyakit pada anak-anak ini kerana mereka lemah," tulis hantaran berkenaan.
Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan daripada akaunnya selepas mendapat kritikan netizen.
Berdasarkan keterangan di bio Facebook, difahamkan wanita berkenaan merupakan seorang pendakwah bebas, pengasas sebuah tadika dan perawat kaedah rawatan Islam.
Dakwaan itu mendapat bantahan ramai dan kebanyakan netizen bersoladiriti menyanggah kenyataan terbabit.
"Besar sungguh dugaan ibu bapa dengan anak autisme. Bermacam tohmahan terhadap mereka.
"Ada yang kata tidak pandai jaga anak, ada yang kata akibat beri terlalu banyak gajet dan terkini dikaitkan dengan gangguan jin.
"Kami bersoladiriti kepada ibu bapa yang terkesan dengan dakwaan ini," tulis akaun rasmi Public Health Malaysia.
Penyakit autisme adalah berkaitan perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk belajar, berkomunikasi serta berinteraksi secara sosial dalam kehidupan seharian.
Hari Kesedaran Autisme Sedunia turut disambut oleh orang ramai pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit ini.
Foto: Medical News Today
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live