Anak pelakon Mawar Rashid, Raden Muhammad Rafael yang baru berusia sembilan bulan disahkan menghidap Influenza A.

Perkara itu dikongsikan Mawar, 24, menerusi beberapa buah entri di Instagram Stories miliknya.

Menurut Mawar, anak lelakinya berubah menjadi 'clingy' sejak jatuh sakit.

Isteri kepada aktor Raf Yaakob ini turut berkongsi foto Rafael ditahan di sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan susulan.




Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Dalam perkembangan terkini, Mawar sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul TQ Captain.

Selain Mawar, drama TQ Captain turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar, Tomok dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama TQ Captain di slot MegaDrama mulai 9 Disember 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!