"Anak Perempuan Tunggal Dia Bakal Lahirkan Anak Pertama" - Fazura Sayu Kenang Pemergian Bapa

Asraf Aided
Jun 18, 2020 10:30 MYT
Pelakon popular Nur Fazura mengenang pemergian arwah bapanya, Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham semalam.
Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya sempat melihat dirinya yang kini sedang hamil.
"Hari ini (semalam) merupakan hari lahir Allahyarham Papa, sekiranya dia masih ada, umurnya akan memasuki 64 tahun.
"Tahun ini rasa sayu yang luar biasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan saya sekarang, bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.
"Rindu tak terkata, tapi saya tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya," tulis Fazura di Instagram.
Dalam pada itu, Fazura turut memohon orang ramai untuk menitipkan doa buat Allahyarham.
"Pohon saya, jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham Papa, Sharifuffin Bin Adnan, semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut dan rakan selebriti Fazura telah menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kebaikan buat Allahyarham.
Antara selebriti yang kelihatan meninggalkan komen adalah Ning Baizura, Nabila Huda, Elly Mazlein dan ramai lagi.
Sekadar makluman, usia kandungan Fazura kini telah memasuki enam bulan.
Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.
BACA : "Cantik...Berseri-Seri!" - Ramai Puji Imej Fazura Yang Sedang Hamil Enam Bulan!
#pelakon #Fazura #Mengandung #Pelakon #Fazura