gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bekas Staf Rocketfuel Didakwa Seleweng RM28,000, Hael Husaini Hadir Sebagai Saksi
HIBURAN
Prince Syed Beri Nasihat, Perlu Ada Toleransi Untuk Rumah Tangga Harmoni - “Lelaki Kena Buat Semua Benda, Isteri Jangan Pula Ambil Kesempatan”
HIBURAN
Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti Bertukar Lokasi Ke PICC Putrajaya
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Anak Raffi Ahmad Yang Berusia 6 Tahun Pun Sudah Terima Vaksin

gempak
Izwan Isa
18/01/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
Anak Raffi Ahmad Yang Berusia 6 Tahun Pun Sudah Terima Vaksin
Di Indonesia, suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun sudah pun bermula pada 14 Disember tahun lalu.
Justeru, tidak hairanlah jika Rafathar, 7, iaitu anak sulung kepada Raffi Ahmad dan Nagita Slavina turut sama mengambil peluang untuk menerima suntikan vaksin.
Hal menarik yang menjadi sorotan netizen adalah Rafathar tidak ditemani oleh Raffi mahupun Nagita ketika mengambil suntikan vaksin berkenaan.
Sebaliknya, menerusi rakaman yang dimuat naik di saluran Youtube Rans Entertainment, Rafathar hanya ditemani oleh pengasuhnya yang bernama Lala ketika berada di pusat pemberian vaksin.
Bagaimanapun, Rafathar tidak banyak bercakap sewaktu ditanya soalan oleh petugas kesihatan. Semua soalan dijawab oleh Lala.
Sebelum disuntik, Rafathar sempat bertanya kepada Lala adakah dia akan mengalami rasa sakit saat disuntik?
"Sakit tak? Tapi lagi luka," Rafathar memberikan alasan. Namun, Lala mampu menenangkan Rafathar hingga anak comel itu akhirnya siap disuntik.
Saat jarum suntik masuk ke tangannya, Rafathar kelihatan tidak menangis. Bahkan, dia dengan beraninya melihat jarum tersebut masuk ditusuk ke permukaan kulit.
"Sakit tak?" tanya petugas.
"Tidak," jawab Rafathar.
Selain Rafathar, sepupu-sepupunya yang lain termasuk Caca Tengker turut ikut serta dalam proses menerima vaksin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video