Skip to main content

Selebriti

Tengku Baderul Zaman Mangkat, Terengganu Berkabung Tiga Hari

Tengku Baderul Zaman Mangkat, Terengganu Berkabung Tiga Hari

Sekilas

  • Adinda Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, meninggal dunia pada jam 1.20 pagi Sabtu di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur.
  • Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada jam 1.15 tengah hari dan akan disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu selepas solat jenazah.
  • Tempoh berkabung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Oktober 2026 diumumkan, dengan majlis tahlil diadakan selama tiga malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah.
Advertisement

Adinda kepada Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, mangkat pada jam 1.20 pagi Sabtu di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pengumuman rasmi yang dibuat dengan titah perkenan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham Tengku Baderul Zaman dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada jam 1.15 tengah hari ini dengan pesawat khas.

Pemangku Raja Terengganu dijadual menyambut ketibaan jenazah sebelum dibawa ke Balai Islam untuk penghormatan terakhir.

"Selepas solat Asar pada jam 4.13 petang, solat jenazah akan dilaksanakan sebelum jenazah dibawa ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu bagi Istiadat Pemakaman.", menurut kenyataan itu.

Advertisement

Pemangku Raja Terengganu turut berkenan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Oktober 2026.

Sementara itu, majlis tahlil akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Sumber: Astro AWANI



 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement