Laman Utama
Anak Sahkan Mat London Meninggal Dunia - “Sesudah Laungan Azan Subuh Papa Menghembuskan Nafas Terakhir…”
Pelakon dan pengarah Mat London, 74, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi ini.
Anaknya kepada Allahyarham Mat London atau Ahmad Ibrahim iaitu Salmany Akir Ahmad mengesahkan berita sedih itu menerusi Facebok, sebentar tadi.
"Sesudah laungan azan subuh... Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat," tulisnya.
Semalam, Salmany ada memuat naik status dalam Facebook memberitahu keadaan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) semakin nazak.
"Malam ini agak suram dan syahdu. Di kala nak menaip posting ini pun jari jemari terketar-ketar. Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan Papa.
"Papa baik orangnya. Ramai orang senang, sayang dengan Papa. Malam ini, aku tengok Papa sudah semakin lemah. Bacaan surah Yassin yang termampu aku buat untuk Papa.
"Kami, anak-anak, menantu dan cucu semua sayang Papa. Kami doakan Papa," tulisnya.
Mengikut info Biro Kesejahteraan Sosial FDAM, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati, pagi ini dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat, hari ini.
Terdahulu, arwah dirawat di ICU, HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.
Menantunya, Muhamad Daniel Ahmad memaklumkan bapa mentuanya juga terpaksa ditidurkan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya sangat lemah.
Must-Watch Video