Berita
Anak Sepupu Neelofa Positif COVID-19
Pelakon dan pengacara popular Neelofa mendedahkan bahawa anak kepada sepupunya disahkan positif COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan Neelofa menerusi satu entri di Instagram Story miliknya.
Dalam entri tersebut, Neelofa berkongsi paparan mesej dalam grup keluarga miliknya yang mana sepupunya, Noor Cahaya memaklumkan berita menyedihkan itu.
"Kalau ada yang nak tolong doakan..selalu berdoa..doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya. Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu bila dapat berita macam ini," tulisnya.
Difahamkan, bayi tersebut, Noor Sameera Mohd. Nazlee yang baru berusia enam bulan kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
"Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai baby Sameera positif COVID-19.
"Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya Lots of love, Sameera," tulisnya.
Must-Watch Video