Selepas lagu popular Sumpah, penyanyi Aina Abdul kini tampil dengan lagu raya terbaru yang berjudul Syahdu Di Pagi Syawal.

Lagu raya pertama Aina ini mengisahkan tentang seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu bapanya di pagi raya.

Penceritaan lagu ini juga amat bersesuaian dengan situasi rata-rata rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk membasmi penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Antara keistimewaan lagu ini adalah elemen dan lenggok lagu berkonsepkan tradisional. Aina juga tidak berseorangan kali ini kerana Wan Zakaria turut bekerjasama sebagai penulis lirik.





Melodinya pula digubah oleh Aina sendiri manakala susunan lagu diolah oleh Fairuz. Dalam lagu ini, Aina juga menampilkan khidmat pemain seruling terkenal iaitu Mohar.

Lagu Syahdu Di Pagi Syawal telah berada di semua saluran digital iaitu iTunes, Spotify, Joox dan YouTube mulai hari ini, 24 April 2020.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengarkannya!