Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"
Firdaus
24/07/2024 09:25 MYT
24/07/2024 09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
"Saya rasa saya tak akan dedahkan video tu sebab ia sangat mengaibkan, cuma sekiranya keluarga sebelah Andika terlalu mendesak saya untuk dedahkan saya akan bongkarkan secara terang-terangan.
"Sebab sekarang saya nampak mereka bengang dengan saya seolah-olah mahu membela diri sendiri," katanya.
"Keluarga saya memang tak tahu sampai sekarang, saya tak beritahu kisah saya dekat keluarga saya.
"Keluarga saya dekat kampung memang tak tahu apa-apa, saya tak nak beritahu sebab kami duduk jauh dan ibu saya risau dengan keadaan saya di sini.
"Saya tak beritahu alasan sebab kami bercerai. Apa yang saya beritahu keluarga saya sebab kami bercerai adalah kerana kami tidak sehaluan," jelasnya.
Imbas kembali, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
"Sekiranya keluarga sebelah Andika terlalu mendesak saya untuk dedahkan saya akan bongkarkan secara terang-terangan...
Ananda Natasha atau lebih mesra disapa sebagai Tasha ketika dihubungi Gempak berkata inisiatif itu akan diambil sekiranya pihak keluarga Andika sering mencabarnya untuk membongkarkan bukti berkaitan kecurangan yang dilakukan."Saya rasa saya tak akan dedahkan video tu sebab ia sangat mengaibkan, cuma sekiranya keluarga sebelah Andika terlalu mendesak saya untuk dedahkan saya akan bongkarkan secara terang-terangan.
"Sebab sekarang saya nampak mereka bengang dengan saya seolah-olah mahu membela diri sendiri," katanya.
Keluarga Tak Tahu Sebab Cerai
Menjelaskan lebih lanjut, Tasha mengakui keluarganya tidak tahu menahu tentang sebab di sebalik penceraiannya dengan Andika."Keluarga saya memang tak tahu sampai sekarang, saya tak beritahu kisah saya dekat keluarga saya.
"Keluarga saya dekat kampung memang tak tahu apa-apa, saya tak nak beritahu sebab kami duduk jauh dan ibu saya risau dengan keadaan saya di sini.
"Saya tak beritahu alasan sebab kami bercerai. Apa yang saya beritahu keluarga saya sebab kami bercerai adalah kerana kami tidak sehaluan," jelasnya.
BERITA TRENDING:Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"
BERITA TRENDING:"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha
BERITA TRENDING:"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga
BERITA TRENDING:Andika Putera Kini Pegang Status Duda, Sah Bercerai Selepas 4 Tahun Berkahwin - “Terima Kasih Jadi Isteri Terbaik”
Sekadar info, sebelum ini Andika Putera mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaannya curang adalah tidak benar.Imbas kembali, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
#Viral
#cerai
#Suami
#Isteri
#Rumah tangga
#Skandal
#Influencer
#Curang
#Andika Putera
#Ananda Natasha