,
Astro Gempak Article

Anang Hermansyah Tanam Rambut, Ashanty: “Nanti Kalau Anak Nikah, Rambutnya Keren”

Maliah Surip
05/01/2022
13:25 MYT
Pesohor Indonesia, Anang Hermansyah baru baru ini berkongsi perkembangan terkini dirinya, terutama dari segi penampilan.
Pada usia 52 tahun, dengan rambut yang mula memutih dan menipis, Anang mengambil keputusan untuk melakukan proses tanam rambut.
Proses tanam rambut yang dikongsikan dalam saluran Youtube keluarga itu termasuk sekeping foto dirinya yang botak di Instagram disifatkan Anang sebagai seorang pengalaman yang menarik.
Sambil memuji dirinya kelihatan keren (hebat) apabila berimej botak, Anang memberitahu ini adalah kali kedua dirinya berpenampilan botak.
“Keren juga ya botak hehehehehe. Yang mahu tahu, saya baru selesai bikin rambut. Baru kali ini saya berani botak kerana isteriku...
“Botak waktu baby dan sekarang," tulis Anang di akaun Instagramnya.
Sementara itu, Ashanty secara berseloroh membalas: “Nanti kalau Arsya (anak) nikah, rambut papinya keren.”
Anaknya, Aurel dan menantunya, Atta Halilintar juga menyokong tindakan Anang menanam rambut.
Diketahui proses tanam rambut tersebut dilakukan di sebuah klinik di Turki. Anang waktu ini masih berada di bumi tersebut bersama keluarga besarnya termasuk bertemu besannya, keluarga Atta Halilintar.
Proses transplantasi rambut itu dilakukan ketika Anang bersama keluarga besarnya berlibur di Turki. Dalam video YouTube menantunya, Atta Halilintar, Aurel Hermansyah dan Ashanty terlihat mengantarkannya ke salah satu klinik di Turki.
Instagram: @ananghijau
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”

gempak
28/08/2024
21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.
Berita

Polis Siasat Pemilik Akaun X 'Syedewa' Kerana Mengaibkan Imej Polis

gempak
09/08/2024
08:55 MYT
Polis menyiasat seorang pemilik akaun media sosial X kerana disyaki membuat hantaran yang mengaibkan imej anggota trafik polis yang sedang bertugas menjalankan sekatan jalan raya di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Selasa lepas.
Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

gempak
08/08/2024
01:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Tangan Seluk Poket, Tak Pakai Cermin Mata Khas, Atlet Turki Usia 51 Tahun Ini Raih Perhatian Netizen

gempak
01/08/2024
03:31 MYT
Seorang atlet acara menembak dari Turki, Yusuf Dikeç meraih perhatian gara-gara gaya bersahajanya ketika di lapangan tembak.
Gaya Hidup

Lelaki Warga Emas Jadi Muda 30 Tahun Selepas Pembedahan Plastik, Betul Ker Ni?

gempak
06/06/2024
00:17 MYT
Sebuah klinik pembedahan plastik berpangkalan di Istanbul menarik perhatian ramai apabila gambar pembedahan seorang lelaki sebelum dan selepas menunjukkan perubahan sangat ketara sehingga pakar menganggapnya mustahil untuk dilakukan.
BorakSeeni