Pengguna Apple pasti tahu kegunaan ‘AirDrop’ terutamanya selepas mengambil gambar.

Teknologi yang pantas untuk menghantar fail ini sangat memudahkan pengguna Apple.

Namun selepas beberapa tahun Apple memperkenalkan fungsi AirDrop, terbaru Android juga akan memperkenal fungsi yang sama kepada penggunanya.

Bakal dikenali dengan nama ‘Fast Share’, fungsinya sama seperti AirDrop di mana pengguna Android boleh menghantar gambar, video dan sebagainya dengan mudah dan pantas.

Mengekalkan fungsi yang sama, pengguna ‘Fast Share’ hanya perlu menekan butang ‘accept’ atau ‘decline’ apabila menerima sesuatu fail.

Berita gembira ini pastinya akan akan membuatkan pengguna Android teruja dan tak sabar untuk menggunakannya.

Namun, belum dipastikan lagi bilakah fungsi terbaru ini akan boleh mula digunakan oleh pengguna Android.

Terdahulu, Android pernah memperkenalkan Android Beam untuk memudahkan urusan penghantaran fail.

Tetapi, gambar dan video hanya dapat dihantar dengan menyentuh kedua-dua telefon pintar.