Pesohor dunia, Angelina Jolie melahirkan hasratnya untuk terbabit dalam karya dari Korea Selatan.

Bintang yang sudah mencetak pelbagai sejarah dan memenangi banyak anugerah di Hollywood itu mengaku Korea selalu istimewa di hatinya, begitu Jolie mengaku kepada media sewaktu sidang media mengenai filem aksi thriller terkininya, Those Who Wish Me Dead.

"Adalah hal yang mengujakan jika saya boleh terbabit dengan filem Korea atau mengarahkannya.

"Pada masa akan datang saya berharap akan dapat lebih banyak peluang terlibat dalam dunia perfileman Korea," kata Jolie seperti dilaporkan media antarabangsa.

Menurut Jolie, terdapat dua hal yang membuat hatinya terpaut dengan Korea.

Pertama, mantan isteri Brad Pitt ini mengaku bersahabat baik dengan salah seorang bintang Korea yang juga lawan mainnya di filem Marvel, Eternals, Ma Dong Seok.

Dia menyifatkan Ma Dong sebagai seorang yang bijak dan baik, malah mengajak khalayak menonton filem mereka.

Keduanya adalah kerana kecintaan salah seorang anak angkatnya yang berasal dari Kemboja, Maddox yang ingin menguasai bahasa Korea malah menuntut ilmu di salah sebuah universiti di Seoul iaitu Yongsei University sejak tahun 2019.

Maddox yang mengambil jurusan Biochemistry bagaimanapun kini hanya belajar melalui online dari Amerika Syarikat kerana pandemik COVID 19. Namun dia dikatakan meneruskan sesi pembelajaran menguasai bahasa Korea di sana.

"Saya sukakan Korea dan mahu menghabiskan lebih banyak masa di sana. Walaupun Maddox kini tidak dapat meneruskan pelajarannya di sana kerana COVID 19, namun dia tetap meneruskan pembelajaran bahasa Korea dan sesekali mengajarnya kepada saya," kata Jolie.

Kredit Foto: CNN