Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”

Ainun
09/09/2024 09:25 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon selepas memeluk islam pada September lalu.

Menurut Angeline, kemungkinan penerbit sukar untuk menawarkan watak kepadanya disebabkan imejnya kini sudah berhijab dan seorang mualaf.

“Sampai sekarang saya masih lagi belum dapat tawaran berlakon. Lakonan saya dalam drama nasi dagang itu hanya sampingan sahaja. Kalau nak katakan saya nak dapatkan yang serius tawaran berlakon itu belum ada.

“Saya rasa penerbit sukar mencari watak yang sesuai untuk saya. Biasanya saya berlakon sebagai watak Cina, tetapi sekarang setelah saya bertudung dan menjadi mualaf, ia menjadi lebih sukar kerana mereka perlu mencari watak keluarga Cina mualaf,” katanya kepada Gempak.


Isteri kepada pelawak dan pengarah Sabri Yunus itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media program Angeling Tanya Abang Jawab pada Isnin.

Tidak meminta tawaran berlakon


Melanjutkan bicara, pelakon drama X-Change itu turut menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta mana-mana tawaran berlakon sepanjang berkecimpung dalam dunia seni.

“Selama saya berada di industri lakonan ini, saya tidak pernah meminta tawaran berlakon pada sesiapa walaupun saya berkawan dengan suami saya sendiri.


“Dulu, semasa suami saya sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengarah, saya tidak pernah sesekali menelefon untuk bertanyakan ada tawaran berlakon atau tidak”, jelasnya.

BERITA TRENDING: Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

BERITA TRENDING: Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"


Pada masa yang sama, Angeline sentiasa beranggapan bahawa rezeki dalam lakonan masih belum tiba untuknya lagi.

"Saya rasa kalau ada watak yang sesuai, orang akan panggil saya. Kalau tidak, itu bermaksud watak itu tak sesuai. Saya selalu fikir, ini bukan rezeki saya, tapi rezeki orang lain. Kadang-kadang, rezeki kawan saya juga”, ulasnya.

Rasa pelik tidak berlakon


Sementara itu, pelakon tersebut turut berkongsi keadaannya ketika tidak mendapat tawaran berlakon, namun menganggap program yang diterbitkan oleh sebuah stesen TV itu sebagai sesuatu yang baru dan sesuai dalam hidupnya.

“Saya rasa agak janggal. Biasanya saya sibuk bekerja, jadi bila tiba-tiba tidak bekerja, ia rasa pelik, tapi saya okay sahaja.


“Saya rasa kali ini saya bernasib baik kerana stesen TV ini menerbitkan program seperti ini, dan saya anggap program ini sebagai peluang untuk saya belajar sesuatu yang baru”, kongsinya.

Terdahulu, Angeline atau nama Islamnya Ardini mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah Sabri Yunos pada 14 Oktober tahun lalu dan memeluk islam pada 26 September 2023.

BERITA TRENDING: 6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...

BERITA TRENDING: Terima Tawaran Berlakon Tak Bertudung Sebelum Peluk Islam, Angeline Tan: “Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Faham”

#Bertudung #Berlakon #Islam #Angeline Tan #Tawaran #Tan #Sabri #Angeline #yunus #yunus'
;