Laman Utama

Terima Tawaran Berlakon Tak Bertudung Sebelum Peluk Islam, Angeline Tan: “Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Faham”

gempak
Asyikin Mayudin
07/11/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Terima Tawaran Berlakon Tak Bertudung Sebelum Peluk Islam, Angeline Tan: “Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Faham”
Masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan imej berhijab, pelakon Angeline Tan memberitahu terdapat beberapa watak yang masih menuntutnya untuk tidak memakai tudung.
Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline berkata, watak tersebut telah ditawarkan kepadanya sebelum dia memeluk Islam dan perlu menyelesaikan kerjanya itu seperti yang sudah dijanjikan dengan pihak pengarah.
"Saya masih berlakon, kerja saya masih teruskan macam biasa. Saya masih belajar tentang akhlak dan masih ada kerja belum selesai. Biar saya selesaikan dulu.
"Saya memang ada watak yang meminta untuk buka tudung, sebabnya watak dan kerja itu saya terima sebelum saya peluk Islam lagi dan berkahwin dengan Sabri.
"Malah ketika saya ingin peluk Islam, saya tidak merancang pun untuk memakai tudung, selepas peluk Islam, saya melihat dan belajar sendiri untuk pakai tudung.
"Jadi apa yang sudah saya janji dengan pengarah tentang watak tidak bertudung itu, saya perlu buat," katanya.
Justeru, isteri kepada pengarah dan pelakon Sabri Yunus itu berharap orang ramai memahami situasinya dan tidak berasa terkejut jika melihat lakonannya tanpa memakai hijab.
"Saya percaya netizen sangat baik dan faham keadaan saya. Saya pasti juga mereka akan memahami dan beri ruang kepada saya ketika saya bekerja.
"Saya juga harap orang tidak campur ‘Angeline Tan’ dengan watak. Saya minta sangat-sangat orang memahami lah saya bekerja," tambahnya.
BACA SINI: “Jangan Pula Ada Yang Kata Main-Main, Sekejap Pakai Sekejap Tak” - Ardini Angeline Tan Masih Belajar...
BACA SINI: Segan, Sabri Yunus Tolak Jadi Duta Ubat Kuat - “Mentang-Mentang Kami Yang Dah Berusia Kahwin…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024