Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anggap Tiada Keperluan Tayang Badan Ketika Berlakon, Hisyam Hamid Enggan Lakukan Adegan Keterlaluan - “Kadang-Kadang Saya Rasa Cringe”

Umirah Halim
19/10/2024 23:55 MYT

Pelakon, Hisyam Hamid lebih selesa untuk tidak menonjolkan tubuh badan sewaktu berlakon.

Tiada keperluan tayang badan

Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid berkata tiada keperluan untuk dia melakukan perkara tersebut.

“Pada saya secara peribadi, kalau badan saya cantik pun tak pernahlah dekat media sosial nak tunjuk gambar tak buka baju.

“Sebab itu pendirian saya, saya tak suka buat perkara-perkara macam itu dan kadang-kadang saya rasa cringe.

"Babak tak pakai baju semua kalau ada saya minta pihak produksi buang dan minimakan 'daring' dalam sesuatu babak.

"Saya tak nak adegan keterlaluan, sebab penonton pun dah bijak. Mereka faham saja, benda itu tak perlu nak tunjuk bulat-bulat. Saya cuba untuk mengurangkan babak-babak macam itu.

"Saya tak selesa sebab setiap babak yang dilakonkan itu pasti kena ada sebab dan tujuan. Kalau setakat nak tayang badan saya rasa tak perlu.,” katanya ketika ditemui Gempak di sidang media drama Andai Tiada Dia yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Hisyam Hamid Tak Kisah Digelar Duda Hot, Anggap Sebagai Perkara Positif - “Rasa Macam Saya Tak Ada Dalam Senarai..."

​BERITA TRENDING: Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas

​BERITA TRENDING: Rasa Diri Lebih Dihargai Bila Mengenakan Hijab, Nora Danish Ucap Terima Kasih Yang Pernah Tegur Dahulu

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Bagaimanapun, aktor berusia 39 tahun itu berpendapat tiada masalah andai ada segelintir aktor yang mempamerkan aset mereka untuk tujuan kerjaya.

“Mungkin bagi mereka tayang badan untuk marketing dan untuk orang ambil berlakon watak aksi..bagi saya okaylah. Tapi tujuan yang baik.

“Kalau saja-saja buat untuk buat orang melting, itu terpulang kepada dia. Kadang-kadang dia sengaja nak usik pengikut di media sosial.

“Saya tak pernah buat benda-benda macam itu dan rasa tak perlu pun nak buat semua itu,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Hisyam tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 21 Oktober ini.

Drama yang penuh dengan emosi ini mengisarkan tentang kehidupan suami isteri yang bergelut dengan dilema untuk mendapatkan zuriat, ditambah pula dengan kehadiran orang ketiga.

Selain Hisyam, drama tersebut turut dibintangi Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan Kodi Rasheed.

#Berlakon #Tayang Badan #Cringe #Hamid #hisyam
;