Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!

Umirah Halim
28/03/2024 13:00 MYT
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'

Kali ini ENKÉ Malaysia bersama Dato Fazley Yaakob dengan bangganya memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang diilhamkan dari kemahiran dan seni ‘pâtissiers’.


Pâtissier merupakan istilah dalam bahasa Perancis yang merujuk kepada seorang jurumasak pastri yang telah menamatkan proses latihan yang panjang.

Wangian Ilham Seni Pastri

Nama ini dipilih oleh Dato' Fazley Yaakob sendiri sebagai inspirasi buat wangian Pâtissier Pure Parfum dalam menggambarkan keahlian, kesabaran, dan kecekalan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan
dalam bidang tertentu.

Wangian ini semestinya mampu menaikkan aroma manis dan menawan yang terilham dari seni pastri, di samping memberikan sentuhan kemewahan serta kemanisan dalam kehidupan seharian.

Menurut Dato Fazley, beliau terinspirasi oleh aroma pastri lembut dan manis, serta sentuhan bunga segar dan rempah harum yang sering digunakan dalam pastri berkualiti. Ini mencerminkan kelembutan, kemanisan, dan kreativiti seorang ‘pâtissier’ dalam mencipta pengalaman yang mengasyikkan dan menggoda.

“Kerjasama untuk melahirkan produk ini dengan ENKÉ Malaysia terhasil daripada kesungguhan dan keazaman ENKÉ dalam mencari duta produk walaupun menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang
lapan tahun mereka beroperasi,” kata Dato Fazley Yaakob tentang kerjasama ini.

Rezeki Jadi Duta

Sementara itu, Dato Fazley turut berkongsi dia tidak menolak sekiranya ada pihak yang mengatakan bosan kerana asyik wajahnya sahaja menjadi duta kerana dia menganggap itu adalah sebagai rezeki sahaja.

"Bila saya jadi seorang cef, saya menjadi pelbagai duta produk yang bukan makanan contohnya saya jadi duta contact lens, jadi duta air, makanan kucing.

"Tapi sekarang saya menjadi rakan kongsi dan duta untuk minyak wangi bagi saya benda itu sesuatu yang unik.

"Jadi bagi saya sebagai cef saya suka cuba untuk melangkau lebih jauh sebagai seorang cef segala jenis produk duta yang saya pegang.

"Jadi kalau orang banyak tengok muka saya, alhamdulillah lah itu rezeki anak-anak dan kalau orang tengok suatu produk itu dia ingat saya maksudnya marketing itu berjaya," katanya ketika ditemui Gempak pada majlis pelancaran produk terbaharunya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tiada Kandungan Alkohol

Semestinya, produk ini juga mesra Muslim kerana tidak mengandungi alkohol.

Untuk edisi pengenalan ini, tiga varian wangian telah diperkenalkan iaitu Parisian Macarons, Lemon Meringue Pie, serta Vanilla Cream Puff.

Wangian Parisian Macarons menampilkan aroma yang meliputi nuansa badam, pistachio, bunga mawar, vanila, gula yang dikaramel, dan musk. Ia juga melahirkan imbasan yang hangat dan manis,
serta mengingatkan kepada pencuci mulut Perancis.

Buat wangian Lemon Meringue Pie pula, aromanya diliputi nuansa buah lemon, sentuhan berkrim, kulit pastri berperisa, vanila, serta gula. Ini menimbulkan sensasi manis dan ceria, yang mengingatkan
pada pengalaman menikmati pai.



Manakala wangian Vanilla Cream Puff pula mempertaruhkan aroma mewah vanila, pastri berkrim, karamel, dan juga gula. Ini melahirkan aura manis dan memikat, mengingatkan pada pencuci mulut
yang manis.

Selain menampilkan bau lazat pastri, pembungkusan wangian ini juga terilham dari kotak pastri Perancis.

Harga satu set wangian Pâtissier Premium Parfum dengan tiga botol berkandungan 10ml adalah RM149.

Pâtissier Premium Parfum boleh dibeli dengan menghubungi nombor telefon +60 18-768 1355, secara e-mel di enkecustomerrelative@gmail.com atau melalui laman media sosial Instagram
@patissierparfum.

Berita Trending: Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

Berita Trending: Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain

#Minyak #Wangian #Fazley #Bau #Yaakob #Pastri #Dato #Enke
;