Skip to main content

Budaya Popular

Angkut Karavan Ke Lokasi Penggambaran, Juliana Evans Pilih Untuk Ada Ruang Rehat Sendiri - "Saya Tenang Untuk Menghafal Skrip"

whatsapp-image-2024-11-03-at-9-49-31-am.jpeg

Pelakon, Che Puan Juliana Evans kini mempunyai ruang rehatnya sendiri ketika berada di set penggambaran. 
 
Menurut Juliana atau lebih mesra disapa sebagai Ju, inisiatif membawa karavan ke set penggambaran adalah untuk memastikan dirinya dapat berehat dengan lebih selesa.

 
“Saya tak minta kru layan saya dengan baik sebab mereka memang sudah layan saya dengan sangat baik. 
 

 
Pada masa sama, pelakon filem Mael Lambong itu juga menyatakan bahawa mempunyai ruang rehat sendiri penting bagi dirinya menjaga kesihatan mental. 
 
“Saya sebelum ini pernah mengalami panic attack dan trauma. Jadi karavan begini adalah baik untuk saya selain sesuai dengan usia saya sekarang. 
 
“Kesihatan mental kita sangat penting bagi saya pada waktu ini,”jelasnya. 
 
Juliana ditemui media di set pengambaran Bisikan Dosa di Kuang Selangor baru-baru ini.
 
Dalam perkembangan lain,pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans, 35, juga berkongsi tiada halangan untuk anak-anaknya meminati bidang seni.
 
Sebagai seorang ibu, dia akan memberi sokongan terhadap minat anak-anaknya itu.
 
“Saya akan push dan tidak mungkin menghalang sebab saya lihat anak sulung memang macam saya. 
 
“Dia suka perform, kalau ada persembahan di sekolah saya lihat dia begitu ke depan dan tak malu untuk melakukan persembahan,” ujarnya. 
 
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017. 
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 5, dan Tengku Ihsan yang kini berusia setahun.


 

Must-Watch Video

Advertisement