Pengacara Anim Ezati akan memilih satu hari Jumaat dalam setiap bulan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Anim, dia menawarkan sepuluh slot dalam setiap sumbangan yang diberikan.

"Mulai bulan ini dan seterusnya (doakan sampai bila-bila tau), saya akan pilih satu Jumaat dalam setiap bulan untuk bagi sumbangan kepada yang memerlukan.

"Ada sepuluh slot untuk setiap kali sumbangan dilakukan," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Anim juga mengalu-alukan sesiapa yang memerlukan bantuan atau mengenali individu yang layak menerima sumbangan untuk menghubunginya secara terus menerusi 'Direct Message' (DM).

"Siapa yang rasa memerlukan sangat sumbangan ini atau kenal mereka yang memerlukan, sila DM saya ya, sesiapa sahaja boleh dapat, nanti saya pilih," tulisnya lagi.

Anim juga berharap agar golongan yang bakal menerima sumbangan itu dapat memanfaatkannya dengan baik.

"Sumbangan/sedekah ini tak banyak sangat untuk setiap individu, tapi korang pandai-pandai lah guna untuk kebaikan, terima kasih," tulisnya mengakhiri kapsyen.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Anim memberikan respon positif dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

*SLOT PENUH* (Sumbangan seterusnya akan diumum) Mulai bulan ni dan seterusnya (doakan sampai bila2 tau) Anim akan pilih 1 Jumaat dalam setiap bulan untuk bagi sumbangan kepada yang memerlukan. Ada 10 slot untuk setiap kali sumbangan dilakukan. Siapa yang rasa memerlukan sangat sumbangan ini atau kenal mereka yang memerlukan sila DM Anim ya. Sesiapa sahaja boleh dapat, nanti Anim akan pilih. Sumbangan/sedekah ni tak banyak sangat untuk setiap individu. Tapi korang pandai2 la guna untuk kebaikan. Ok tq?

A post shared by Anim Ezati Rizki (@anim.ezati) on


Semoga usaha Anim dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.







Sebelum ini, nama Anim terkena tempias kontroversi apabila terpalit dengan isu yang melibatkan YouTuber terkenal, Sugu Pavithra.

BACA : Isu Minta RM10,000 - Anim Ezati Minta Maaf, Dakwa Sugu Pavithra Keliru Soal Stesen Televisyen

BACA : Komen Isu Bayaran RM10,000, Chef Wan Kata Sugu Pavithra Patut Disanjungi