Pelakon Anis Al-Idrus akui sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak suaminya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim.

Anis berkata dia sedia maklum dengan status Rafzan yang merupakan duda anak satu dan sangat rapat dengan anak lelakinya, Aidil Ilham Rafiq.

“Sebelum kahwin lagi saya memang dah status Rafzan dan tidak mempunyai masalah untuk menjaganya.

“Lagipun saya dan anaknya memang sangat rapat. Kalau dulu sebelum kahwin dia panggil ‘aunty’, tapi sekarang jadi ‘mummy’ lah,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Bercerita mengenai perkahwinannya, Anis berkata walaupun detik perkenalan mereka agak singkat namun dia bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima seorang lelaki memahami seperti Rafzan.

“Insha Allah, terus doakan untuk kami, kita tidak tahu apa perancangan yang dah ditetapkan oleh tuhan terhadap perjalanan hidup kami.

“Alhamdulillah, walupun kami berkenalan hanya tujuh bulan namun saya yakin ini jodoh saya sebab Allah bukakan hati saya untuk menerima kehadiran dia. Saya harap suami mampu menyayangi saya selamanya,” ujarnya.

Teks oleh: Mya Amri