Isteri kepada Haqiem Rusli, Anis Sofea baru sahaja memasuki usia 22 tahun pada 12 Februari lalu.

Bagi menyambut ulang tahun kelahiran, Anis dilihat meraikan hari jadinya secara serba ringkas, dengan majlis kecil bersama rakan-rakannya.

BERITA TRENDING: Individu Bangangkan Haqiem Rusli & Isteri ‘Dibantai’ Netizen: “Tak Suka Boleh Keluar”

Menerusi gambar yang dimuat naik, Anis menulis kapsyen yang berbunyi: “Sedih sebab dah tua,” tulisnya.

Begitupun, ramai dalam kalangan pengikut Anis yang melihat kenyataan itu sebagai satu yang kurang munasabah.

Ada yang mendawa usia 22 tahun sebagai usia yang masih muda dan ada juga yang mengingatkan Anis supaya memperbanyakkan ibadah selain memperbaiki diri.



Tidak kurang, ada juga yang bertanya mengapa Anis tidak memuat naik gambar menyambut hari lahir dengan suaminya.



Terdahulu, Haqiem menerusi hantaran di Instagram mengucapkan selamat hari lahir buat isterinya.

“Happy birthday to my lovely wife, I love you Sofea,” tulis Haqiem ringkas.

A post shared by ???????- ?????????? (@haqiemrusli98_)

BERITA TRENDING: “Baby Bump Ke Buncit?” Netizen Ragu-Ragu Perubahan Saiz Perut Isteri Haqiem Rusli