Penyanyi popular Indonesia Anji ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Memetik laporan Kapan Lagi, Anji atau nama sebenarnya Erdian Aji Prihartanto ditangkap bersendirian ketika berada di studio rakaman miliknya di Cibubur, Jakarta pada Jumaat.

“Kami menangkap seorang pemuzik terkenal pada hari Jumaat sekitar 16.30 di mana kami menangkapnya di salah satu studionya di wilayah komplek perumahan Cibubur," ujar Ketua Polis Metro Jakarta Barat, Kombes Ady Wibowo di pejabat Wali Kota Jakarta Barat.

Menurut Ady lagi, polis turut menemui sejumlah dadah jenis ganja yang cukup banyak sewaktu tangkapan.

"Barang bukti yang ada padanya adalah dadah jenis ganja. Nanti kami akan berikan butiran lengkap dalam siaran, termasuklah bukti yang pelbagai dan banyak,” jelasnya lagi.

Ady turut menegaskan pihak polis akan menjalankan siasatan yang terperinci terhadap Anji dan bahan bukti yang ditemui.

Sekadar info, Anji merupakan bekas kumpulan Drive yang terkenal di Indonesia.

Pada tahun 2011, Anji keluar daripada kumpulan tersebut dan tampil penyanyi solo selain aktif mencipta lagu.

Antara lagu popular Anji adalah Dia, Bersama Bintang, Menunggu Kamu dan banyak lagi.