Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris meluahkan hasrat untuk menjemput penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tetamu pada konsert Malai Solo yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Oktober ini.
Menurut Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani, ini merupakan konsert terakhir yang dianjurkan oleh dirinya sendiri.
“Saya ada hasrat kalau masa konsert saya nanti, saya nak jemput dia datang sebagai tetamu VIP. Sebab ini konsert terakhir saya anjurkan untuk diri sendiri.
“Kalau boleh, hasrat tu memang nak dia datang sebagai tetamu VIP,” ujar Kak Ani ketika ditemubual.
Kak Ani ditemui pada majlis rumah terbuka rewang dan showcase Che Ani (Noraniza Idris) yang berlangsung di Maju Link pada Sabtu.
Tambah Kak Ani lagi, konsert yang menelan belanja hampir RM2.5 juta ini akan berlangsung selama tiga hari melibatkan festival seni yang turut diadakan di lokasi yang sama, Istana Budaya.
Dalam pada itu, Kak Ani meluahkan rasa sebak apabila melihat Siti menangis sewaktu menunaikan umrah baru-baru ini sehingga membuatkan dia meninggalkan kata-kata semangat buat Siti.
Jelas Kak Ani, bukan sahaja melibatkan insiden Siti menangis di Makkah, bahkan dia sentiasa mendoakan kejayaan pelantun lagu Purnama Merindu itu sehingga ke hari ini.
“Saya sebenarnya nak komen pada ruangan TikTok dia tapi tak boleh sebab dah penuh dengan komen peminat. Tapi saya cari jalan jugak macam mana saya nak komen tu.
“Tengok video Siti menangis tu, sedih sangat, sayu sebab saya pernah melalui situasi yang sama, merasai pengalaman berada di sana. Nak-nak dia sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia, so dia tiada privacy.
“Dekat sana je dia jadi diri dia. Jadi saya faham dan sebak, tu yang saya nak sampaikan sesuatu pada dia, saya mendoakan dia sampai sekarang. Dia dapat capai apa yang dia inginkan, alhamdulillah dia dah berjaya,” ujar Kak Ani lagi.
Azwa Rahman
Sun May 15 2022


Pelakon Law & Order, Mary Mara Meninggal Dunia Kerana Lemas
Pelakon yang cukup terkenal dalam beberapa drama siri termasuk ER, Nash Bridges dan Law & Order, Mary Mara dilaporkan meninggal dunia.

Makan Malam Romantis, Kamal & Uqasha Terkenang Kembara Bulan Madu Dalam Episod Akhir The House
Wajib tonton episod malam ni.
![[VIDEO] Kenapa Bila PM Pakai Batik Tempatan Tak Ada Siapa Ambil Peduli? - Pengasas Batik Viral Raifili [VIDEO] Kenapa Bila PM Pakai Batik Tempatan Tak Ada Siapa Ambil Peduli? - Pengasas Batik Viral Raifili](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/pm-raifili-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Kenapa Bila PM Pakai Batik Tempatan Tak Ada Siapa Ambil Peduli?" - Pengasas Batik Viral Raifili
Pengasas jenama batik tempatan, Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sengaja mencari kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

"Saya Teringin Lihat Anak Berjaya Sebagai Peguam, Doktor & ..." - Lisa Surihani
Lisa ada perancangan sendiri untuk anak

Dah Putus Dengan Duda Anak Dua, Alya Iman Dedah Status Terkini - “Saya Single Tapi Tak Available..”
Fokus kerjaya.

Bekas Suami Nafi Hantar Samseng Pukul Lufya - "Kalau Nak Jumpa Anak, Saya Cakap Baik-Baik"
Netizen dakwa Che Hafiz terlibat dalam insiden Ahad lalu.

“Abang Ada Golden Touch Macam Papa…”- Sayu Luahan Syafiq Yusof, Netizen Mohon Jangan Give Up!
Hey filem Syafiq pun best lah.
_1.jpg?ext=.jpg)
"Saya Baca WhatsApp & DM IG Dia..." - Isteri Dedah Tegar Kerap Pinjam Duit, Hairan Padahal Cukup Makan Minum
Pelik juga kan

Kes Jangkitan Pernafasan Di Johor Meningkat Sebanyak 70.9 Peratus
Jaga diri semua

2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!