Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anna Jobling Buka Mulut Isu Tular Foto Dicium Aktor Indonesia

Umirah Halim
01/08/2024 08:55 MYT
Akhirnya membuka mulut, pelakon Anna Jobling tampil mengulas mengenai foto tular yang memperlihatkan dirinya dicium oleh seorang aktor dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo.

Foto itu disunting

Anna atau nama penuhnya Ellisa Gustin Jobling Abd. Rahman Jobling, 24, mengesahkan foto tular itu telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ya gambar itu sunting. Terang-terang nampak benda itu edit kan.

“Sebenarnya saya dah biasa dengan benda seperti itu. Saya sebagai public figure memang dah biasa orang akan ada pendapat dan orang akan macam rasa ada hak untuk buat gambar macam tu untuk orang kecam.

“Saya rasa mereka nak perhatian sahaja sebenanrnya mungkin hidup mereka bosan sangat, reaksia saya gelak sahaja bila tengok gambar itu dan saya pun dah biasa orang ambil kesempatan buat fitnah terhadap saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Anna Jobling Teruja Dapat Reka Baju Raya Kucing

BERITA TRENDING: Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”

Tidak terlalu terkesan dengan kontroversi ini, Anna turut memaklumkan dia menolak untuk bercinta dengan mana-mana lelaki kerana sibuk bekerja.

“Saya terkesan sedikit lah tapi sekarang dah tak sebab ketika itu saya tengah shooting jadi memang fokus kerja sahaja jadi saya tahu dua tiga hari benda tu akan senyap.

“Saya bercinta dengan kerja, jadi memang tiada masa sangat.

Imbas semula, pada May lalu, tular foto mesra Anna dan Karel dipercayai diambil ketika sambutan ulang tahun kelahiran Karel.

BERITA TRENDING: Anna Jobling Masuk Kelas Belajar Bahasa Indonesia, Sedia Ulang Alik KL-Jakarta!

BERITA TRENDING: Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”

Bagaimanapun, terdapat segelintir wargamaya yang mendakwa foto berkenaan telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab demi meraih perhatian.

Pun begitu, ada juga segelintir warganet yang mendakwa foto itu adalah benar dan mendakwa Karel sempat memuat naik di Instagram Story miliknya selama beberapa minit sebelum bertindak memadamnya

#Indonesia #cium #Foto #Aktor #Anna #Jobling #buka mulut