Tahun 2020 mungkin meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua akibat pandemik yang melanda seluruh dunia. Namun pastinya ada juga beberapa berita-berita yang menggembirakan yang berlaku dalam hidup seseorang.

Penyanyi Haqiem Rusli misalnya, meraih beberapa anugerah hebat pada tahun lalu dan meletakkannya antara penyanyi dan pencipta lagu muda yang cukup disegani.

Baca: Dapat Lebih 22 Juta Undian, Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABP33

Baca: Haqiem Rusli & Siti Nordiana Dinobat Sebagai Top Top MeleTOP Era 2020

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Haqiem yang sememangnya turut aktif dalam penciptaan lagu berkongsi kisah tentang single terbarunya yang bertajuk Mimpi.

"MIMPI adalah antara lagu yang paling susah untuk dinyanyikan secara live yang saya pernah composed, kenapa susah?

"Sebab memerlukan nafas yang tepat dalam mengikut part part yang berbeza. Contohnya ada Low note yang begitu rendah (ni susah serious), middle vibrato (ni pun mencabar jugak), perletakan lenggok yang saya ambil risiko sendiri di dalam studio untuk dibawa secara live, and high note lah, but i will try my best for this song," tulis Haqiem.

Menurut Haqiem, perkara tersebut menjadi sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat mencabar dirinya sendiri untuk keluar dari ruang yang selesa.

"But, benda ni best sebab kita cabar diri kita dan tak berada di zone yg selesa, dan dari segi arrangment pun saya sangat happy sebab dapat bermain dengan chording yang agak berbeza dari sebelum ini.

Haqiem turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang menyokongnya dan juga yang meminati lagu Mimpi.

A post shared by MANAGER - 0136382215 (@haqiemrusli98_)


Ketika artikel ini ditulis, muzik video lagu Mimpi yang masuk hari kelima dikongsikan di YouTube masih lagi berada di nombor satu 'Trending' dan hampir mencecah sejuta tontonan.