Haqiem Rusli dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Top Top MeleTOP Era 2020 (AME 2020).

Ini merupakan kemenangan pertama buat Haqiem Rusli membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP 2020 kategori Lelaki.

Dalam anugerah yang sama, Haqiem juga membawa pulang piala Penyanyi MeleTOP Era menerusi lagu Selamat Tinggal Sayang dan Lembah Kesepian. Lagu Lembah Kesepian juga diiktiraf sebagai Lagu MeleTOP Era.

"Terima kasih kepada Allah, kepada mak dan abah serta terima kasih semua," ucap Haqiem Rusli sewaktu menerima anugerah Top Top MeleTOP 2020 Lelaki.

Siti Nordiana pula meneruskan kecemerlangan dengan sekali lagi membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP 2020 kategori wanita. Selain itu, penyanyi ini turut memenangi Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo bersama Khai Bahar.

Pelakon Syafiq Kyle juga membawa pulang dua anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.



AME 2020 turut memperkenalkan dua anugerah khas yang didedikasikan kepada dua figura yang penting kepada negara dalam melalui pandemik Covid 19.

Anugerah Khas MeleTOP 2020 diberikan kepada Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama wang tunai RM10,000.

Penceramah bebas, Ebit Lew pula dianugerahkan dengan anugerah Anugerah Wira MeleTOP berserta wang tunai RM10,000.

Sementara itu Alif Satar yang baru pulih dari Covid 19 diumumkan sebagai Hos MeleTOP AME 2020 .

Kategori Couple MeleTOP dimenangi Hairul Azreen & Hanis Zalikha sementara anak perempuannya, Alisa Aisyah memenangi kategori Si Cilik MeleTOP.

Bagi setiap kategori, pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama iaitu Top Top MeleTOP menerima hadiah RM10,000 berserta trofi.

Anugerah yang mengangkat tema Yang Epik Yang Legend ini dimeriahkan dengan persembahan daripada para barisan penyanyi tanah air seperti Anuar Zain, Noraniza Idris, Shiha Zikir, Misha Omar, kumpulan Floor 88 dan ramai lagi.

Ia pertama kali dijalan dan mengikut SOP yang ditetapkan, sekali gus melakar sejarah menjadikan AME pertama yang berlangsung dalam norma baharu.

AME2020 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Berikut senarai penuh pemenang AME 2020:

Top Top MeleTOP Grup/Duo : Khai Bahar & Siti Nordiana

Top Top MeleTOP Lelaki: Haqiem Rusli

Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle

Artis Baharu MeleTOP: Han Byul Big Stage S2

Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah

Grup/Duo MeleTOP: Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli

Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019

Drama MeleTOP: Sweet Dreams

Hos MeleTOP: Alif Satar (Big Stage S2)

Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production

Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana

Pelakon MeleTOP: Ben Amir (Sweet Dreams)

Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle

Filem MeleTOP: Ejen Ali The Movie

Anugerah Khas MeleTOP: Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah


Anugerah Wira MeleTOP: Ebit Lew