Laman Utama

Apa Hukum Sarung Pakaian Ketat Semasa Aktiviti Berbasikal?

gempak
Amri Hassan
07/03/2021
12:59 MYT
Sponsor Banner
Apa Hukum Sarung Pakaian Ketat Semasa Aktiviti Berbasikal?
Wajib bagi umat Islam menjaga batasan aurat ditentukan syarak termasuk ketika aktiviti berbasikal dan beriadah dengan memastikan pakaian yang dikenakan menutup aurat dan longgar.
Nasihat itu dikongsi oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi artikel mengenai Hukum Memakai Pakaian Ketat Semasa Aktiviti Berbasikal diterbitkan baru-baru ini.
Menurutnya, adalah menjadi satu kesilapan apabila masyarakat menganggap dengan memakai pakaian yang menutup sebahagian anggota badan atau berpakaian ketat sudah memadai dikira menutup aurat.
Jelasnya lagi, umat Islam tidak boleh mengenakan pakaian sukan yang ketat dan nipis sehingga boleh menampakkan bentuk aurat pada tubuh mereka apatah lagi mendedahkan anggota aurat sehingga menarik pandangan wanita ajnabi terhadapnya di persekitaran awam.
Selain itu, katanya, ada juga pendapat bahawa pakaian yang patuh syariah ini menghalang pergerakan ketika beriadah dan bersukan dengan alasan rimas, susah bergerak dan tiada pilihan.
“Alasan ini tidak boleh dikira sebagai darurat dalam Islam kerana menutup aurat adalah wajib bagi semua umat Islam.
“Jika seseorang hendak keluar dari rumahnya sama ada untuk berbasikal atau beriadah dia tetap wajib memelihara peraturan yang ditetapkan oleh agama iaitu memakai pakaian yang menutup seluruh auratnya,” katanya.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024