Azwa Rahman
Tue May 04 2021
Pelakon dan pengarah terkenal Namron menyindir tindakan selebriti Noor Neelofa dan suaminya PU Riz yang didakwa pergi ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli permaidani.
Menerusi laman sosial Twitter, Namrom atau nama sebenarnya Shahili Abdan turut berkongsi sekeping foto untuk tatapan umum.
“Aku kalau nak rentas negeri aku nak pi makan ikan, sotong, udang dan ketam celup tepung kat sini.
“Apa jadah pi Nilai cari karpet!” tulisnya menerusi satu ciapan.Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan ia merupakan sekeping foto ‘throwback’ ketika dia sedang menikmati hidangan makan laut celup tepung di sebuah restoran di pantai timur.
Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya berhibur dengan sindiran Namron yang dirasakan padu dan tepat.
Namun, ramai juga yang mahu menggunakan wataknya sebagai iblis Tyson di dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang untuk memberikan hukuman pada pasangan tersebut.
“Bukan karpet yg dicari. Tapi perhatian masyarakat,” komen seorang wargamaya.
“Nanti dia pergi la tu makan ikan sotong udang ketam. Dia bukannya ada masalah pun nak rentas negeri lor. Dah bagi idea kat dia haa untuk next trip. haha,” tulis seorang wargamaya.
“Rasanya Tyson kene pi masuk alam mimpi depa tu , bagi berakai sikit macam si Bakobar tu,” usik seorang wargamaya.
“Itulah banyak tempat boleh pergi Nilai carpet jugak yang dia nak nanti bila orang dah mula hentam alasan kerja,” luah seorang wargamaya.
“Dia nak buka Chatime la dekat Nilai 3 tu, dah alang-alang dekat Nilai 3 apa salahnya beli karpet. Done cover,” kata seorang wargamaya.
“Mintak tolong jangan bagi dia idea. Satgi dia buat sungguh,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan daripada Namron itu telah menerima sehingga 8,000 ulang ciap dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Pada Ahad, pengacara itu memuat naik sebuah video di Instagram menunjukkan mereka mengunjungi sebuah kedai permaidani, dikatakan di Nilai 3, Negeri Sembilan.
Perbuatan itu telah mengundang rasa marah dan kecewa orang ramai kerana mencetuskan kontroversi baru walaupun isu pelanggaran SOPnya sebelum ini masih belum reda.
Sebelum ini, Neelofa dan Haris masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang