Advertorial

Apa Jadi Bila Si Kecil Bawa Imaginasi Mereka Tersendiri Dalam Menghayati Erti Merdeka? Saksikan Celoteh Mereka Dalam Meningkatkan Kesedaran Sesama Kita

Shahrin Zulkifle
26/08/2022
10:30 MYT
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia apabila Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan.
Semangat pejuang terdahulu dalam mempertahankan negara sehingga ke titisan darah terakhir jelas membuktikan nilai patriotisme yang tinggi dalam jiwa mereka.
Namun, sejak akhir-akhir ini semangat patriotik kian memudar di kalangan rakyat sehingga dikhuatiri bakal memberi kesan tidak elok kepada generasi akan datang.
Justeru, Air Selangor telah mengambil pendekatan terbaik dengan melancarkan satu coretan video berjudul Celoteh Merdeka yang menayangkan perjalanan Malaysia memperoleh kemerdekaan bagi memupuk semula semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.
Celoteh Merdeka bakal membawa penonton melihat sketsa pendek yang memaparkan perjalanan penuh liku dan cabaran negara dalam memperoleh kemerdekaan biarpun terpaksa berkorban masa dan tenaga demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.
Sepertimana negara kita yang telah mengharungi perjalanan yang mencabar untuk mencapai kemerdekaan, begitu juga dengan Air Selangor yang berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna setiap hari dalam perjalanannya untuk menjadi penyedia bekalan air yang terbaik di Asia.
Hal ini kerana Air Selangor prihatin dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat yang memerlukan air bagi urusan seharian mereka.
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain, itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan betapa komitednya Air Selangor menjalankan pelbagai inisiatif bagi mendidik orang ramai dan meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk kita memelihara kelestarian air demi generasi masa hadapan.
Kesedaran pengguna di peringkat awal akan menjadi pemangkin kepada jaminan bahawa sumber alam ini akan terus selamat dan berkekalan. Ibu bapa pastinya akan tersenyum lega kerana warisan anak cucu mereka akan terus menikmati kehebatan sumber air ini dan meneruskan kemandiran tamadun dan kehidupan.
Untuk lebih memperingati jasa insan terdahulu dalam memperjuangkan negara, saksikan video penuh Celoteh Merdeka di akaun YouTube rasmi Air Selangor TV yang sudah mula ditayangkan.
Selain sketsa yang menghiburkan, pastinya coretan Celoteh Merdeka bakal mendekatkan diri anak-anak kecil untuk menonton sekaligus mendedahkan diri mereka kepada sejarah Malaysia. Secara tidak langsung, semangat cinta akan negara mampu dipupuk dalam jiwa anak-anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gangguan Air Lembah Klang Esok, Semak Lokasi Yang Terjejas!

gempak
04/06/2024
10:34 MYT
Pengguna di tujuh daerah iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor disaran untuk menyimpan bekalan air secukupnya ekoran gangguan berjadual bermula pukul 9 pagi esok.
Laman Utama

'Abang PDRM UTK' Pula Tambat Hati Netizen, Single Lagi Ker?”

gempak
01/09/2023
07:50 MYT
Wah Abang PDRM UTK pula viral!
Laman Utama

Sempoi! Peserta Perarakan Sempat Keluar Perbarisan Sebab Nak Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
01/09/2023
04:50 MYT
Memang sempoi
Laman Utama

VIDEO: Tanggal 31 Ogos Versi Hoondo Tular, Menyanyi Acapella Siap Bertanjak

gempak
31/08/2023
23:55 MYT
Powerlah Hoondoo, memang best dengar.
Laman Utama

Adaptasi Kisah Sebenar, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Sempena Merdeka! - "Terubat Rindu Dapat Dengar Suara ..."

gempak
31/08/2023
07:55 MYT
Salah satu usaha murni pempengaruh Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina.