Laman Utama

Apa Lagi Salah Baby Shima...Sampai Kena Tuduh Jual Arak?

Fiza Kamarudin
14/03/2022
09:42 MYT
Penyanyi Baby Shima terkilan apabila produk jamu keluarannya didakwa arak oleh segelintir netizen.
Shima ketika dihubungi Gempak berkata, dia kesal apabila sering menjadi mangsa netizen sehinggga ada yang menuduhnya bernianga menggunakan wang haram.
“Saya tak faham, apalah salah saya dengan mereka. Saya tak pernah kacau orang atau sakitkan hati sesiapa.
“Tetapi ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Kali ini produk jamu Susuq Dara pula dikatakan minuman beralkohol.
“Lebih menyedihkan apabila ada yang kata saya berniaga menggunakan wang haram. Penat saya kumpul duit, tetapi mereka kata duit haram,” katanya sebak.
Tambah Shima lagi dia turut menerima ugutan supaya berhenti menjual jamu.
“Macam-macam ugutan saya terima termasuk menggelar saya perempuan murahan hanya kerana tak puas hati.
“Entahlah…Kalau hendak difikirkan saya terluka dan sedih tetapi saya macam dah biasa, dah lali. Tetapi saya juga manusia biasa ada hati dan perasaan,” ujarnya.
Beberapa hari lalu Shima memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story (IG Story) memaparkan komen netizen yang mengutuk jamu Susuq Dara.
Antara komen yang diterima Shima termasuk yang membandingkan botol jamunya dengan minuman keras.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
Viral

Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”

gempak
08/06/2024
06:55 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Datuk Ustaz Kazim Elias menyifatkan tindakan merehatkan Ustaz Don daripada muncul di kaca televisyen sebagai satu kerugian besar.
Hiburan

Netizen Mula Muak Dengan Content Wajah ‘Selenga’ Suami? Ain Edruce Beri Penjelasan: “Muka Itu Lah Yang Buat Saya Jatuh Cinta”

gempak
31/05/2024
05:03 MYT
Sering dikecam kerana kerap kali mencipta kandungan lawak bersama suami, pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengakui tidak cepat melatah dengan kritikan yang diterima. Sebaliknya, dia akan akan terus memuat naik kandungan yang sama pada masa akan datang.
Viral

Peniaga Restoran Tidak Bersekolah Dikritik Gara-Gara Komen Ini Di Instagram…

gempak
29/05/2024
18:55 MYT
Tindakan seorang pemuda yang mempertikaikan status pendidikan orang lain berjaya mendapat perhatian netizen.
Viral

Campak Telefon Suami Keluar Kereta Sebab Tak Dilayan, ‘Content’ Pasangan Ini Dikritik Warganet

gempak
25/05/2024
16:25 MYT
Setiap gurauan ada hadnya. Dan mungkin luahan seorang pengguna media sosial yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu kandungan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’.