Pelakon, pelawak dan penyanyi Joey Daud meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih lagi memandang jumlah pengikut di media sosial sebagai pengukur untuk membintangi sesebuah naskah.
Jelas Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, dia tidak kisah untuk membuka peluang kepada YouTuber atau pempengaruh berlakon namun haruslah bermula dari bawah.
"Sekarang ini pengikut di media sosial boleh dibeli dan cara ini secara tak langsung mengajar orang lain untuk menipu bagi menempatkan diri dalam dunia seni.
"Bagaimana nasib dengan pelakon 'otai' yang tidak memiliki media sosial? Saya pun kalau diikutkan baru saja wujudkan akaun Instagram. Saya harap sangat janganlah pelakon yang tiada pengikut, pihak produksi tidak mahu ambil berlakon sedangkan kita tahu kemampuan dia.
"Saya agak kecewa apabila perkara ini terjadi. Sebenarnya saya tak kisah jika ingin beri peluang kepada pempengaruh atau YouTuber untuk terjun dalam dunia seni, tapi janganlah terus diberikan watak penting sebaliknya mulakan dengan watak tambahan," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur Jazz and Arts Centre baru-baru ini.
Tambah Joey, dirinya pernah berdepan situasi yang mana pempengaruh yang tidak punyai skil dan ilmu lakonan datang ke set menyusahkan pihak produksi.
"Perkara ini terjadi sebab mereka ini tak faham bahasa kamera dan ia menyusahkan seluruh pasukan produksi dan pelakon. Tidak dinafikan selalu juga perkara sebegini terjadi.
"Setiap pelakon ada watak lain-lain, jadi kalau golongan ini asyik membuat kesilapan sudah tentulah mereka hilang sabar.
"Sebenarnya pengarah di set tiada masa nak ajar setiap pelakon untuk memahami watak yang dibawakan. Jadi sebelum masuk ke set fikir-fikirkan hal ini dan jangan sampai menyusahkan orang lain," tambahnya.
Sementara itu, Gadis Jolobu The Movie yang sedang menjalani penggambaran di Negeri Sembilan ketika ini akan ditayangkan di pawagam pada Jun tahun ini.
Gadis Jolobu The Movie turut dibintangi Datuk Hattan, Khir Rahman, Ahirine, Nizam Laksamana dan ramai lagi.
Amri Hassan
Mon Mar 07 2022


Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Memang best!

Lelaki B*gel Tunggang Motosikal Lari Selepas Bunuh Isteri & Bayi Usia 44 Hari?
Viral video lelaki tunggang motosikal sambil berbogel.