Semalam, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini.

Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

BACA: Jemaah Haji Wajib Ambil Vaksin

Walaubagaimanapun, dalam pada ramai yang menyambut baik syarat itu, terdapat juga beberapa golongan yang mengkritik tetapan tersebut.

Antara yang lantang di media sosial adalah golongan anti vaksin yang secara terang menolak prosedur tersebut.

Kebanyakan mereka menganggap syarat itu sebagai paksaan dan tidak berasas.

“Apa ni nak paksa-paksa pula, mana boleh”

“Kebodohan akhir zaman terlalu takut dengan Covid”

“Hebat Covid ni, kerana virus manusia kena kawal” tulis beberapa netizen.

Selain itu, banyak juga komen, yang melabelkan kesemua ini dipengaruhi oleh konspirasi tertentu termasuk Dajjal.

Sekadar info, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Mohamad sebelum ini menjelaskan dia mendapatkan pandangan ulama terkemuka tentang hukum pengambilan vaksin.

Pandangan ini termasuklah Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

Rata-rata mereka, katanya berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar kesihatan bagi memastikan vaksin ini (vaksin Covid-19) selamat dan halal digunakan.

Untuk rekod, pada 2020, Kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Kerajaan Arab Saudi telah memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu melibatkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.