,
Laman Utama

“Apa Ni Main Paksa-Paksa Pula” - Anti Vaksin Tak Senang Duduk Syarat Arab Saudi Ke Atas Jemaah Haji

Hanafis Haris
04/03/2021
00:02 MYT
Semalam, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini.

Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

BACA: Jemaah Haji Wajib Ambil Vaksin

Walaubagaimanapun, dalam pada ramai yang menyambut baik syarat itu, terdapat juga beberapa golongan yang mengkritik tetapan tersebut.

Antara yang lantang di media sosial adalah golongan anti vaksin yang secara terang menolak prosedur tersebut.

Kebanyakan mereka menganggap syarat itu sebagai paksaan dan tidak berasas.

“Apa ni nak paksa-paksa pula, mana boleh”

“Kebodohan akhir zaman terlalu takut dengan Covid”

“Hebat Covid ni, kerana virus manusia kena kawal” tulis beberapa netizen.

Selain itu, banyak juga komen, yang melabelkan kesemua ini dipengaruhi oleh konspirasi tertentu termasuk Dajjal.

Sekadar info, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Mohamad sebelum ini menjelaskan dia mendapatkan pandangan ulama terkemuka tentang hukum pengambilan vaksin.

Pandangan ini termasuklah Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

Rata-rata mereka, katanya berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar kesihatan bagi memastikan vaksin ini (vaksin Covid-19) selamat dan halal digunakan.

Untuk rekod, pada 2020, Kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Kerajaan Arab Saudi telah memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu melibatkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”

gempak
13/11/2024
20:55 MYT
Nama pelawak dan usahawan Shuib, kembali menjadi perbualan netizen selepas isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.
Gaya Hidup

10 Inovasi Digital Menarik Aplikasi e-Azzuha Yang Memudahkan Urusan Umrah & Haji!

gempak
26/10/2024
17:58 MYT
Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan e-Azzuha, aplikasi digital terkini yang menawarkan kemudahan menyeluruh bagi pengurusan Umrah dan Haji.
Hiburan

Mahu Cuba Benda Baru, Kugiran Masdo Akan Rebut Setiap Peluang Yang Datang - “Kami Gemar…"

gempak
29/09/2024
08:55 MYT
Pemain gitar kumpulan Kugiran Masdo, Asmawi memberitahu dia gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dalam dunia industri ini.
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Unitar