Laman Utama

Apa Sebab Tokti Melawat Rumah Pelanggan Bersama Natural Doctress CUCKOO Ni?

gempak
Azwa Rahman
26/10/2022
03:27 MYT
Sponsor Banner
Apa Sebab Tokti Melawat Rumah Pelanggan Bersama Natural Doctress CUCKOO Ni?
Bukan sahaja handal menyanyi dan menguruskan keluarga, nampaknya penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menyahut satu lagi kad cabaran dalam kerjayanya.
Selaku duta CUCKOO, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti mahu menyelami kerja-kerja seorang Natural Doctress dari Pasukan Servis CUCKOO+ jenama kelengkapan rumah terkenal ini.
Berkesempatan menghadiri dua rumah pelanggan untuk menjalankan servis, Tokti akan menilai sendiri perkhidmatan yang disediakan oleh pasukan hebat ini. Untuk rumah pertama, Tokti merasai sendiri pengalaman menyaksikan servis Penapis Air CUCKOO ICON manakala di rumah kedua, beliau bersama seorang Natural Doctress turut memeriksa dan membersihkan Penapis Udara Model B Cordless.
Seharian bersama pasukan Pasukan Servis CUCKOO+ dan melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan, Tokti ternyata kagum melihat setiap usaha pasukan ini dalam memastikan semua pelanggan selesa dan berpuas hati dengan kualiti kelengkapan rumah mereka.
Kami Faham, Kami Peduli”, itulah jawapan yang dapat disimpulkan bagi mewakili Pasukan Servis CUCKOO+.
Dalam memastikan betapa pentingnya mempunyai kehidupan dan rumah yang sihat, CUCKOO amat telus dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.
Dengan jumlah pengguna yang semakin berkembang, sejarah tercipta apabila jenama CUCKOO telah berada dan berkhidmat kepada 1.5 juta pengguna dan lebih 5 juta isi rumah di Malaysia.
Dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti Pasukan Servis CUCKOO+, sebuah kaji selidik telah dilakukan pada awal tahun 2022 untuk menilai sendiri tahap kepuasaan perkhidmatan pengguna terhadap servis-servis yang disediakan oleh CUCKOO.
Sejarah tercipta apabila hampir 97 peratus orang di Malaysia amat berpuas hati dengan perkhidmatan Pasukan Servis CUCKOO+ yang kekal bersemangat menyelenggara produk-produk di rumah setiap pengguna.
Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa adanya kecekapan daripada Pasukan Servis CUCKOO+ yang sering meletakkan pengguna di hadapan.
Istimewanya lagi, CUCKOO cukup berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas keputusan yang diperoleh dalam memastikan rumah mereka sentiasa selesa dan terpelihara.
Bagi mereka yang ingin menyertai Pasukan Servis CUCKOO+, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-8181.
*Nota :97% pelanggan amat berpuas hati dengan Natural Care Service yang dijalankan oleh CUCKOO.
(Penilaian adalah berdasarkan servis yang dijalankan buat pengguna Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024