Skip to main content

Viral

Anes Ayunie Serik Bantu Orang ‘Miskin’ - “Tiap Bulan Mengharapkan Duit Aku”

Anes Ayunie

Sekilas

  • Anes Ayunie akui serik membantu golongan memerlukan selepas ada individu yang terlalu mengharapkan bantuan kewangannya setiap bulan.
  • Dia kecewa kerana bantuan yang diberi seolah-olah membuatkan penerima semakin bergantung tanpa usaha untuk berubah.
  • Anes turut menegaskan dia sering menawarkan peluang belajar bisnes di media sosial, namun ramai yang hanya pandai meminta tanpa berusaha.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan Anes Ayunie mengakui serik untuk membantu golongan yang memerlukan selepas berdepan situasi individu yang didakwa terlalu mengharapkan bantuannya.

 

Advertisement

Menurut Ayunie, bukan sekali atau dua dia menghulurkan bantuan, namun ada individu yang terus meminta wang daripadanya setiap bulan.

 

Menerusi hantaran di Threads, Ayunie meluahkan rasa terkilan apabila bantuan yang diberikan seolah-olah membuatkan individu terbabit semakin bergantung kepadanya.

 

“MAAF KASAR TAPI AKU DAH PERIT BANTU ORANG MISKIN! Selagi aku bantu selagi tu dia jadi lagi miskin. Sekali dua aku bagi terus, tiap-tiap bulan dia mengharapkan duit aku.

 

“Bukan sorang tapi ramai nak mampos! Rasa nak tepek sini. Aku bantu sebab aku kesian tapi sekarang tiap-tiap hari kau meminta,” tegasnya.

 

Tambah Ayunie, dia berasa sedih apabila melihat individu yang dibantunya tidak menunjukkan usaha untuk mengubah kehidupan sendiri.

 

“Sumpah aku perit sebab aku rasa makin teruk kau miskin bila aku bantu macam itu! Bila kau nak ubah diri untuk diri kau sendiri?

 

“Sampai bila nk harapkan duit orang? Phone ada pandai meminta tapi usaha mana? Sedihlah aku. Sedih tau makin aku tolong makin meminta-minta.

 

“Sedangkan hari-hari aku offer kat media social nak ajar bisnes tapi pemalas, reti meminta sahaja. Penatlah ni baru sorang,” katanya lagi.


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement