,
Hiburan

"Apa Specialnya K-Pop?" - Salah Tanya Soalan, Zara Zya 'Disekolahkan' Peminat Fanatik K-Pop

Amri Hassan
30/12/2017
02:04 MYT
Soalan yang mengundang episod hitam bagi pelakon Zara Zya apabila diserang di ruang siber akaun Instagramnya oleh peminat fanatik Korean Pop kelmarin.
Pada mulanya, Zara memuat naik satu entri mengajukan soalan tentang keistimewaan Muzik Pop Korea (K-Pop).
"Boleh bagitahu tak, apa 'specialnya' K-Pop?" soal Zara.

Yang hafal lirik lagu tu faham ke maksud?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Bagaimanapun soalan yang ditanyakan itu membangkitkan perasaan amarah peminat fanatik K-Pop hingga menyifatkan tindakan itu sarkastik dan cuba membuka ruang untuk mengutuk artis kesayangan mereka.
Bertindak agresif, kumpulan peminat fanatik itu mula menyindir dan mencela penampilan Zara yang dilabel seksi, gedik dan mengada-ngada.
"Teknologi sudah maju, kenapa tak Google sendiri pasal K-Pop daripada awak dengar pendapat orang lain?" soal salah seorang netizen.
"Seksi, gedik, mengada-ngada lebih. Kau tu Islam, cubalah pakai tudung. Muka K-Pop tu seratus kali ganda lawa daripada kau," herdik salah seorang pengguna lain.
Zara kemudiannya mengemas kini entri terbaharu semalam meluahkan kekesalan akan tindakan buli siber yang diterimanya daripada peminat fanatik.
"Soalan saya 'apa specialnya K-Pop?'. Jawapan yang saya dapat caci maki, sumpah seranah.
"Aduhai budak-budak sekolah tak pandai jawab soalan exam. Kesian. Tak sangka sensitif sangat bila tanya pasal K-Pop.
"Ada few yang jawab lagu best, drama best, faham lirik sebab belajar dan harap dapat belajar di Korea.
"Ye, itu jawapan yang betul. Dah kenapa sensitif sangat. Ada yang libatkan agama lagi," tulis Zara.

?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Namun, luahan Zara itu masih mendapat kecaman daripada netizen tanpa henti.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: IG @zarazya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

gempak
15/10/2024
14:18 MYT
Foodie Hawker Awards 2024, sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.
Viral

Pengasuh ‘Gila’, Campur Pil Terlarang Dalam Susu Agar Bayi Kuat Makan

gempak
14/10/2024
21:22 MYT
Manusia makin hari makin di luar kewarasan. Seperti perbuatan kejam dan kurang siuman seorang pengasuh terhadap bayi di bawah jagaannya terbongkar baru-baru ini.
Viral

Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

gempak
14/10/2024
04:30 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil menegur tindakan bekas isterinya, Cik Epal agar menghormati tempoh iddah.
Viral

Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti

gempak
14/10/2024
01:55 MYT
Nama Alice Chang kembali menjadi sebutan apabila dia tidak berputus asa untuk mencuba nasib menjadi pekerjaan baharu di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Viral

Hilang 20 Tahun, Tangan & Kepala Ditemui Beku Dalam Peti Sejuk

gempak
13/10/2024
13:22 MYT
Penemuan tangan dan kepala di dalam ruangan beku peti sejuk di sebuah kediaman di Colorado, Amerika Syarikat merungkai misteri kehilangan seorang gadis 20 tahun lalu.
BorakSeeni