Skip to main content

Reviu

Apa Yang Akan Dilalui Tahun 2020 Ini – Ramalan ZODIAK Dari Januari Hingga Disember. Baca Saja, Usah Percaya!

intrend-zodiak-1.jpg

 Menurut kalender Cina, tahun 2020 ialah tahun tikus logam. Ia dikaitkan dengan tahun yang membawa keuntungan. Menurut pakar astrologi juga, tahun ini merupakan tahun penyegaran semula.


Tikus ialah gambaran kepada kerajinan, sikap baik hati dan dermawan. Tahun 2020 ini juga diramalkan tahun yang akan memberikan banyak peluang.

 
Walaupun kamu mungkin akan rasakan lebih tekanan daripada segi kewangan dan kerjaya, namun jika dipandu dengan baik, ia akan memberi ganjaran yang setimpal.


Hati-hati dengan setiap perbelanjaan yang dibuat. Dulukan yang penting dan kemudiannya barulah perbelanjaan yang bersifat kehendak dan keseronokan.
 
Jom kita lihat ramalan 12 zodiak ini untuk setiap bulan yang akan dilalui sepanjang 2020 ini, dari Januari sehingga ke Disember.


Mendebarkan? Jangan risau ia hanyalah ramalan untuk bacaan suka-suka. Paling penting, usaha dan tawakal kepada Tuhan yang satu.



 
 

Aries
 
Januari 2020
  • Masa terbaik untuk Aries memulakan usaha baru
 
Febuari 2020
  • Bulan untuk membina hubungan profesional dan peribadi yang baik
 
Mac 2020
  • Bulan motivasi untuk membolehkan Aries melakukan tugasan sukar
 
April 2020
  • Waktu terbaik menggunakan energi yang ada untuk idea yang konstruktif
 
Mei 2020
  • Hati-hati dengan penglibatan menerusi projek yang besar
 
Jun 2020
  •  Aries kena banyak bersabar waktu ini untuk melalui situasi sukar
 
Julai 2020
  • Bulan untuk membantu orang lain yang akan membawa kegembiraan buatmu
 
Ogos 2020
  • Akan membuatkan Aries sedikit keliru untuk beberapa aspek kehidupan
 
September 2020
  • Ada sedikit kebangkitan rohani dalam jiwa Aries
 
Oktober 2020
  • Bulan paling sibuk buat Aries untuk beberapa perkara
 
November 2020
  • Waktunya untuk Aries memperlahankan langkah jika tidak mahu kerugian
 
Disember 2020
  • Bulan terbaik untuk Aries dan kamu akan rasa sangat gembira apabila dapat membantu orang
 
Kesimpulan:
Baik atau tidak tahun ini  bergantung kepada bagaimana kamu melaluinya? Lebih banyak perkara baru kamu cuba, lebih menariklah hidupmu tahun ini. Luaskan pergaulan dengan teman-teman baru yang akan menyerikan 2020 kamu nanti.
 



 


Taurus
 
Januari 2020
  • Taurus harus lebih berhati-hati terhadap kesihatan bulan ini
Febuari 2020
  • Menuntut lebih banyak kesabaran berkaitan hal peribadi
Mac 2020
  • Akan ada peningkatan dalam kewangan dan ekonomi keseluruhan
April 2020
  • Taurus akan berhabis untuk perniagaan dan kerjaya. Keluarga akan memberi sokongan
Mei 2020
  • Bulan yang baik untuk mengembara dan kewangan
Jun 2020
  • Mendatangkan kesihatan yang baik dan peluang baru
Julai 2020
  • Waktu terbaik untuk mencuba skil baru dan membina peluang pekerjaan yang lebih baik
Ogos 2020
  • Taurus akan menjana kewangan dari sumber yang tak terjangka
September 2020
  • Bulan paling ideal untuk bersama keluarga dan sahabat
Oktober 2020
  • Masanya buat mereka yang menganiaya kamu untuk menerima akibatnya
November 2020
  • Masa untuk permulaan baru! Taurus akan menerima berita baik dan kebahagiaan
Disember 2020
  • Bulan untuk meraikan dirimu bersama yang tersayang. Bercuti!
 
Kesimpulan:
Keluarga dan teman-teman sentiasa ada untuk membantumu. Walaupun sibuk dengan kerja, curi masa untuk berehat. Luangkan masa untuk melakukan perkara yang kamu suka.
 
 
 

Gemini 

Januari 2020
  • Masanya untuk memulakan langkah baru dan fokus lebih kepada pendidikan
Febuari 2020
  •  Bulan yang baik untuk proses intelektual
Mac 2020
  • Mungkin waktu yang agak tegang untuk kamu berdiam diri apabila melihat sesuatu yang tidak betul berlaku
April 2020
  • Gemini perlu meningkatkan hubungan baik dengan keluarga dan teman-teman
Mei 2020
  • Akan menjadi bulan penuh emosi dan semangat buat si kembar. Amalan meditasi akan menguntungkan
Jun 2020
  • Bulan energetik jika kamu melakukan sesuatu yang baru
Julai 2020
  • Waktu terbaik untuk merancang masa depan. Mungkin terjadi kerjaya atau hubungan baru, inilah masanya
Ogos 2020
  • Memerlukan sikap profesional Gemini untuk menghadapi saat-saat sukar
September 2020
  • Gemini harus berkomunikasi dengan lebih baik bersama yang tersayang dan rakan sekerja
Oktober 2020
  • Bulan untuk Gemini melakukan keputusan penting yang akan mengubah masa depanmu
November 2020
  • Kegembiraan dan ketenangan yang akan dinikmati saat membantu orang
Disember 2020
  • Akan menjadi bulan paling sibuk yang akan memaksa Gemini berada pada hala berbeza
 
Kesimpulan:
Ada kalanya, kehidupan akan menjadi agak sukar tetapi tiada yang mustahil untuk ditangani jika Gemini bijak menguruskannya. Cubalah untuk meraikan setiap detik tahun ini dengan positif.

 


Cancer

Januari 2020
  • Akan menjadi bulan yang penuh tanda tanya dan kekeliruan
Febuari 2020
  • Waktunya untuk berhati-hati dengan keadaan sekelilingmu
Mac 2020
  • Masa yang sesuai untuk pelajar memberi fokus pada pelajaran tertinggi
April 2020
  • Bulan paling beremosi buat Cancer
Mei 2020
  • Masa terbaik untuk fokuskan energimu pada kerjaya yang memerlukan lebih perhatian
Jun 2020
  • Dipenuhi dengan peluang baru yang menepati keinginanmu
Julai 2020
  • Bulan kelahiranmu yang akan membawakan kegembiraan dalam pelbagai aspek kehidupan Cancer
Ogos 2020
  • Bulan paling bertuah untuk memulakan projek baru
September 2020
  • Bersedialah untuk menghadapi beberapa halangan dalam langkahmu
Oktober 2020
  • Aww, bulan menemui hubungan baru yang kamu nantikan
November 2020
  • Masa untuk berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan penting
Disember 2020
  • Bulan untuk meraikan yang cinta dan kasih-sayang

Kesimpulan:
Jika mahukan peningkatan dalam hidup dan orang di sekelilingmu, tahun inilah paling sesuai. Beranilah untuk melakukan perubahan kerana ia akan menyaksikan keberuntungan melaluinya.



 

 
 
Leo

Januari 2020
  • Masa terbaik untuk perancangan masa depan
Febuari 2020
  • Masa yang memerlukan kamu melakukan rancangan lengkap daripada hanya memikirkan yang asas sahaja
Mac 2020
  • Sesuatu yang baik untuk cinta dan perhubungan. Jangan mulakan kerjaya baru waktu ini.
April 2020
  • Leo akan melalui fasa yang sederhana waktu ini
Mei 2020
  • Waktu terbaik untuk Leo memulakan usaha baru dan membantu orang
Jun 2020
  • Akan menjadi bulan paling disukai kerana Leo akan melalui kehidupan penuh senyuman
Julai 2020
  • Ada peluang bagus yang akan mengetuk pintumu, rebut!
Ogos 2020
  • Juga bulan yang akan kamu suka kerana dipenuhi dengan semangat dan keterujaan
September 2020
  • Bulan untuk bersosial dan parti. Jangan berlebihan ya!
Oktober 2020
  • Bulan yang stabil dan aman
November 2020
  • Bulan yang bagus untuk pelajar. Kewangan juga agak baik
Disember 2020
  • Masanya untuk kerohanian dan pergilah bercuti bersama yang tersayang
 
Kesimpulan:
Seperti biasa, cubalah lakukan yang terbaik untuk apa jua usahamu. Setiap tahun adalah tahun terbaik buat Leo mencuba peluang baru. Jangan sia-siakannya.
 


 

Virgo

Januari 2020
  • Masa yang sesuai untuk memulakan usaha baru atau bertukar kerjaya
Februari 2020
  • Akan dipenuhi dengan kejutan dan situasi yang di luar kawalan Virgo
Mac 2020
  • Waktu yang sesuai untuk membuat kawan baru dan kembali hubungi mereka yang sudah lama kamu lupakan
April 2020
  • Pelbagai rencam bulan ini apabila kamu memulakannya dengan positif. Namun, cuba perlahankan rentak pada hujung bulan itu
Mei 2020
  • Bulan yang agak sukar kerana Virgo sukar untuk membuat beberapa keputusan
Jun 2020
  • Kamu akan cuba untuk bertindak di luar kebiasaan dan membuat keputusan yang sukar
Julai 2020
  • Bulan yang baik untuk kamu dalami jiwamu dan dapatkan jawapan yang pasti
Ogos 2020
  • Fikirkanmu akan lebih tenang dan Virgo dapat membuat keputusan yang baik
September 2020
  • Masanya untuk membina hubungan yang baik bersama keluarga
Oktober 2020
  • Fikirkan untuk membantu mereka yang memerlukan
November 2020
  • Akan membawa kegembiraan dan tuah dalam hidupmu
Disember 2020
  • Bulan yang dipenuhi dengan gelak tawa dan keriangan
 
Kesimpulan:
Cubalah untuk menjadikan 2020 ini sebagai tahun terbaikmu. Jaga diri, keluarga dan orang yang kamu sayang. Maka, ia akan menjanjikan tahun yang baik untukmu.


 

 
Libra

Januari 2020
  • Masanya untuk bertenang dan rancang sebaiknya masa depanmu
Februari 2020
  • Bulan terbaik untuk memulakan usaha baru
Mac 2020
  • Kamu mungkin diuji dengan sedikit kekecewaan dalam beberapa isu
April 2020
  • Waktu untuk mengimbangi antara fikiran dan tindakan
Mei 2020
  • Bulan yang mengkehendakkan tenaga ekstra untuk perkara yang baik
Jun 2020
  • Biasa-biasa sahaja bulan ini buat Libra
Julai 2020
  • Bulan yang agak perlahan apabila banyak perkara yang dilakukan tidak seperti yang diharapkan
Ogos 2020
  • Bukan masa yang sesuai untuk bertelagah kerana akan menyusahkan kamu kelak
September 2020
  • Waktu terbaik untuk jatuh cinta atau berkahwin
Oktober 2020
  • Masa terbaik untuk perniagaan atau hubungan baru
November 2020
  • Semua yang dirancang berjalan lancar, namun jangan terlalu teruja
Disember 2020
  • Masanya untuk diluangkan bersama yang tersayang
  •  
Kesimpulan:
Raikan masa berharga di tempat kerja atau di rumah sama ada secara bersendirian atau bersama keluarga. Tahun 2020 menjanjikan kehebatannya tahun ini!



 

Scorpio 

Januari 2020
  • Scorpio akan sibuk dengan banyak tugasan namun kebanyakannya tidak menguntungkan untuk jangka masa panjang
Febuari 2020
  • Kamu akan rasa agak tidak terkawal bulan ini. Jangan bimbang, ia tak lama
 
Mac 2020
  • Bulan untuk memperlahankan rentak dan lebih waspada
April 2020
  • Semua urusan berjalan seperti yang dirancang tapi jangan meraikan diri berlebihan
Mei 2020
  • Masa yang baik untuk muhasabah dan mencari diri dalam hidupmu
Jun 2020
  • Akan menjadi bulan yang perlahan apabila Scorpio mengambil mudah segala perkara. Rancang dengan baik semua tugasan yang dilaksanakan
Julai 2020
  • Mengapa tidak imbas semula segala isu yang kamu terlepas pandang sebelum ini dan sudahkan
Ogos 2020
  • Bulan mendapat kedamaian dalam diri dan belajar menerima kegagalan yang mungkin terjadi
September 2020
  • Tapis mana-mana tabiat buruk yang menjadi ketagihan selama ini
Oktober 2020
  • Bulan yang dipenuhi dengan cinta dan kehangatan. Scorpio akan berkongsi kegembiraan dengan orang lain
November 2020
  • Tiada apa yang dapat menghalang kamu pada bulan kelahiranmu ini!
Disember 2020
  • Waktu terbaik untuk cinta, kehamilan dan hubungan baru
 
Kesimpulan:
Tahun ini tahun yang menjanjikan potensi besar dan kamu harsu melakukannya. Hati-hati dengan setiap keputusan yang diambil untuk tahun 2020 yang gemilang.
 


 

 
 
Sagittarius

Januari 2020
  • Ada beberapa langkah baru yang kamu tidak pasti untuk lakukan
Febuari 2020
  • Bulan untuk cinta dan asmara. Fikir dua kali sebelum terjerumus ke hubungan baru
Mac 2020
  • Berhati-hati dengan orang yang kamu berhubungan
April 2020
  • Bulan terbaik untuk hal-hal peribadi dan profesional
Mei 2020
  • Akan menjadi bulan proaktif jika dikendalikan dengan sikap yang betul
Jun 2020
  • Masanya untuk menguruskan fikiran, kehidupan dan idea dengan baik tanpa bertangguh
Julai 2020
  • Akan menjadi bulan yang penuh tanda tanya untuk menjawab setiap persoalan yang tergantung selama ini
Ogos 2020
  • Hati-hati dengan setiap tindakan kerana ia dipenuhi dengan cubaan
September 2020
  • Ia berlarutan sehingga ke September
Oktober 2020
  • Bulan yang cemerlang untuk kerjaya dan perniagaan baru. Kewangan pun nampaknya bagus
November 2020
  • Masanya untuk meluangkan masa bersama tersayang
Disember 2020
  • Yeah, masa untuk bercuti dan mengembara
 
Kesimpulan:
Peluang untukmu tahun ini datang dan pergi. Namun, jika kamu dapat merebut peluang yang baik, 2020 akan memberi kenangan manis. Jangan lupa juga orang tersayang dan hobi yang diminati.


 

Capricorn

Januari 2020
  • Bulan kelahiranmu dan ia dipenuhi dengan semua yang positif
Febuari 2020
  • Bulan yang mengujakan kerana Capricorn memiliki banyak rancangan dalam satu masa
Mac 2020
  • Fokus pada pengajian tertinggi atau skil baru
April 2020
  • Fikirkan tentang introspection dan perancangan. Fikir sebaiknya sebelum membuat keputusan
Mei 2020
  • Waktu terbaik untuk bertindak mengikut perancangan
Jun 2020
  • Masa untuk melangkah dengan hati-hati namun jangan tersalah membuat keputusan
Julai 2020
  • Saat untuk mengepalai kumpulan kamu ke arah kejayaan. Mulakan dengan langkah pertama
Ogos 2020
  • Bulan untuk mengimbangi semuanya. Belajar dari pengalaman akan membantumu
September 2020
  • Lakukan rancangan kecil akan tetap memberi keuntungan
 
Oktober 2020
  • Akan menjadi bulan yang sangat memberi inspirasi andainya kamu fokus dengan matlamat
November 2020
  • Ramai yang memerlukan sokonganmu. Tidak perlu fikir banyak jika seseorang benar-benar memerlukan kamu
Disember 2020
  • Bulan hebat untuk merancang cinta dan kehidupan profesionalmu
 
Kesimpulan:
Jangan takut untuk meminta bantuan orang lain jika kamu memerlukannya. Banyak peluang baik menantimu sepanjang 2020 ini. Cuba raikan diri sendiri juga sesibuk mana pun kamu.
 


 

 

Aquarius 

Januari 2020
  • Elakkan membuat keputusan besar dalam bulan ini. Raikan diri!
Febuari 2020
  • Masanya untuk membersihkan dalamanmu dan berhenti berfikiran yang bukan-bukan
Mac 2020
  • Sidang soosialmu menjadi lebih dan kemungkinan Aquarias bakal jatuh cinta
April 2020
  •  Memerlukan tenaga yang tinggi untuk fokus kepada perlaksaan keputusan yang tepat
Mei 2020
  • Ada sedikit gangguan kesihatan. Elakkan sebarang jangkitan sepanjang 2020 ini
Jun 2020
  • Bersikap lebih terbuka dan cerna lebih banyak idea berbeza
Julai 2020
  • Bulan yang akan membuka banyak peluang baru
Ogos 2020
  • Masanya untuk bekerja keras merealisasikan semua impian dan rancangan
September 2020
  • Bulan hebat untuk cinta dan perkahwinan
Oktober 2020
  • Agak sukar namun kamu perlu lebih bertenang melaluinya
November 2020
  • Waktu terbaik untuk penyelesaian masalah dalam hubungan
Disember 2020
  • Dipenuhi dengan kegembiraan dan keseronokan
 
 Kesimpulan:
Tahun ini agak baik-baik saja buat Aquarius. Apa yang penting kekal positif dengan setiap ujian yang datang.
 
 



Pisces

Januari 2020
  • Bulan yang sensitif buat Pisces. Kamu perlu kembali kepada energi yang lebih baik dengan relaks dan meditasi
Febuari 2020
  • Bulan untuk perubahan, pastikan kamu bersedia
Mac 2020
  • Kamu akan jadi lebih kreatif dengan pelbagai skil mengagumkan
April 2020
  • Bulan yang agak beremosi dan mudah tersentuh. Jangan lekas sentap dengan orang sekeliling
Mei 2020
  • Akan menjadi bulan bekerja keras dan panjang. Tiada jalan pintas untuk melakukannya
Jun 2020
  • Perlahankan rentakmu. Sebaiknya membuat imbasan situasi lalu
Julai 2020
  • Bulan yang sangat sibuk untukmu, kewangan juga agak bergoyang
Ogos 2020
  • Akan sedikit terganggu namun kamu masih mampu melaluinya dengan baik
September 2020
  • Pelbagai perkara mengusutkan fikiran. Lakukan saja apa yang kamu rasa perlu untuk sudahkan, jangan dibiarkan
Oktober 2020
  • Berfikir semasaknya sebelum bertindak
November 2020
  • Bulan yang positif apabila kamu dapat menggambarkan apa yang kamu mahu
Disember 2020
  • Membawakan banyak persoalan yang hanya kamu boleh menjawabnya
Kesimpulan:
Jika kamu banyak menyembuyikan diri dan situasi sebenar kamu, tahun 2020 ini tidak akan membawakan kebahagiaan buatmu. Lapangkan dada dan lalui dengan positif.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video