Episod kedua Naura Shares malam ini akan menampilkan penyanyi dan juga isteri kepada Maestro Muzik terkenal Datuk Ramli MS, Datin Alyah.

Alyah sememangnya tidak pernah sunyi daripada kritikan dan dugaan dalam kerjaya dan kehidupan berumah tangga.

Dari aspek penampilan dalam industri, turun naik kerjaya hinggalah isu rumah tangganya sering menjadi perhatian dan perbualan ramai.

Namun di sebalik segala cabaran dan dugaan yang ditempuhi, ternyata ada hikmah yang membawa sinar dan kebahagiaan buat pelantun lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini.

Nak tahu apa yang bakal dikongsi Alyah? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Ashraf Muslim, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!