Biarpun masih terlalu awal untuk mengucapkan selamat hari jadi buat pelakon cantik Ruhainies, netizen sudah terlebih awal buat kerja.

Kali ini, kek hari jadi Ruhainies sempena majlis kejutan hari jadinya pada Jumaat menjadi perhatian.

Kek yang diklonkan dipercayai mengikut wajah Ruhainies itu mengundang ketawa ramai apabila usaha itu seolah-olah gagal.

Dalam video yang dimuat naik oleh Ruhanies sendiri di Instagram, kek bertatahkan kepala wanita bersolek dengan rambut panjang mengurai itu disifatkan serba-serbi tak kena oleh netizen.

"Tak tahu nak gelak ke nak sedih tengok kek hari jadi Ruhainies," tulis salah seorang pengguna di Twitter.

"Apsal serupa dengan mak nyah dari Thailand tu?" soal pengguna lain.

"Muka kek dia muka dialah," sahut warganet lain pula.

Bagaimanapun, ada yang memuji usaha Ruhainies untuk menghargai hasil kerja keras individu lain menghasilkan kek tersebut.

Malah, ada yang beranggapan karya pencuci mulut itu bersifat realistik.

"Harap kek ini tak ada rupa sesiapalah. Kalau dah rupa sebiji manusia hidup macam kanibal dah," tulis pengguna lain.

"Yang penting dia menghargai kek itu," sahut pengguna lain.

Ruhainies bakal meraikan ulangtahun ke-27 kelahirannya pada 27 Julai ini. Selamat hari jadi 'in advance' Ruhainies!