Arena Lieya Pernah Alami Fasa Stagnant Dalam Karier - “Tidaklah Sampai Saya Nak Berhenti”
Gempak
11/08/2024 15:55 MYT
11/08/2024 15:55 MYT
Pelakon yang dahulu bermula menerusi Dewi Remaja 2018/2019, Arena Lieya sentiasa percaya terhadap rezeki dalam bidang hiburan.
Menurut Arena, setiap individu mempunyai jalan karier berbeza dan sentiasa memberi sokongan terhadap rakan seperjuangan yang sudah berjaya menempa nama di peringkat lebih tinggi.
Menurut Arena, setiap individu mempunyai jalan karier berbeza dan sentiasa memberi sokongan terhadap rakan seperjuangan yang sudah berjaya menempa nama di peringkat lebih tinggi.
Karier
“Setiap orang berbeza. Tidak semestinya jika seseorang itu sudah dapat (peluang dan rezeki), kita tidak akan dapat. Masa kita akan sampai sebab rezeki kita lain-lain.
“Mungkin rezeki saya lambat sikit. Tapi insya-Allah, ia akan sampai. Seperti batchmate saya, mereka sudah sampai ke level tertentu. Saya bangga dengan mereka.
“Sebab kita semua bermula pada titik yang sama, jadi apabila saya nampak mereka berjaya, saya betul-betul bangga dengan mereka,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti
ARTIKEL BERKAITAN: "Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Buka Mulut Isu Tular Foto Dicium Aktor Indonesia
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Masuk Kelas Belajar Bahasa Indonesia, Sedia Ulang Alik KL-Jakarta!
Ditanya punya mengenai karier seninya, Arena atau nama penuhnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan berkata, dia pernah berada di fasa ‘stagnant’.
“Ada momen yang saya rasa, saya stagnant. Saya di sini, tetapi dalam masa sama saya tak rasa saya di sini. Tetapi, tidaklah sampai saya nak berhenti.
“Ada momen yang saya rasa, saya stagnant. Saya di sini, tetapi dalam masa sama saya tak rasa saya di sini. Tetapi, tidaklah sampai saya nak berhenti.
“Saya masih lagi pergi ke sesi ujibakat, casting untuk watak yang sesuai dengan saya. Alhamdulillah, dua tahun kebelakangan ini, saya banyak menerima tawaran,” katanya.
Dalam masa sama, Arena turut meletakkan harapan terhadap drama bersiri terbaharu yang dibintanginya, Kelas Tahanan Cikgu Hiragii.
“Bagi drama ini, insya-Allah jika menerima sambutan, ia akan menjadi projek yang paling saya banggakan sepanjang karier,” tutup Arena.
Antara rakan seperjuangan Arena yang kini menempa nama sebagai pelakon termasuklah Anna Jobling dan Haneesya Hanee.